Terkesan Dengan Banjir, Pelajar Hanya Mampu Sertai Majlis Konvokesyen Secara Online [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan memakai jubah meskipun hanya dapat menyertai majlis konvokesyen secara online.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui sejak beberapa minggu lalu, banyak institusi awam mahupun swasta sedang giat melakukan majlis konvokesyen untuk meraikan pelajar yang sudah menamatkan pengajian.
Majlis ini bukan sekadar ingin meraikan mereka yang tamat pembelajaran sebaliknya ia turut menghargai jasa ibu bapa serta pelajar yang bertungkus-lumus untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
Malah ketika sesi majlis konvokesyen ini juga kita dapat melihat pelbagai gelagat ibu bapa, pelajar serta ahli keluarga apabila ada yang sedih terharu, gembira serta banyak lagi.
Pelajar UPSI sertai majlis konvokesyen secara online dari PPS kerana terkesan dengan banjir
Baru-baru ini, seorang graduan wanita dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut tidak melepaskan peluang apabila berkongsi kisah hari graduasi sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video dimuat naik oleh @pearlia39 di TikTok, kelihatan dia sedang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana menjadi salah satu mangsa yang tekesan dengan banjir.
Apa yang menjadi perhatian, kelihatan Pearlia tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen yang diadakan oleh universiti awam berkenaan disebabkan banjir.
Oleh itu, dia hanya dapat menghadiri majlis itu menerusi atas talian atau online melalui live yang dilakukan oleh univerisiti terbabit.
Pakai jubah konvo sambil ditemani ibu
Meskipun hanya dapat menghadiri atas talian, namun Pearlia tidak melepaskan peluang untuk tetap memakai jubah konvokesyen sama seperti pelajar lain yang berada di dalam dewan berkenaan.
Turut kelihatan dia ditemani oleh seorang wanita yang dipercayai ibu tercinta sambil menonton siaran langsung tersebut.
“Mangsa banjir hadir konvo secara online. Ramai ke yang senasib?” katanya di ruang kapsyen.
Ramai simpati dengan pelajar, beri kata-kata semangat
Melihat di ruang komen, ramai yang bersimpati dan memberi kata semangat kepada pelajar berkenaan. Malah mereka berpendapat pihak universiti dapat melakukan satu majlis konvokesyen untuk pelajar yang terkesan dengan banjir.
Tidak kurang juga ada yang mengucapkan tahniah kepada Pearlia atas kejayaannya yang berjaya menamatkan pelajaran di universiti berkenaan.
Ada juga yang mendoakan agar Pearlia akan segera mendapat kerja yang bersesuaian dengan cepat.
Terdapat segelintir yang turut berkongsi mereka juga tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen kerana banyak jalan raya yang ditutup disebabkan banjir.