Aksi Pelancong Malaysia Tolong & Ajar Pemandu Di Dubai Cara Tukar Tayar Raih Perhatian [Video]
Menerusi video tersebut, kedengaran salah seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan turut sempat membebel kepada pemandu itu menggunakan loghat Pahang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seseorang yang sudah biasa memandu dan mengendalikan kenderaan pasti mudah untuk mengenali sekiranya terdapat sebarang permasalahan dengan kereta yang dinaiki.
Malah dengan pengalaman yang ada mereka juga boleh mengesan sekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada kenderaan tersebut dengan berpandukan pada bunyi atau keadaan fizikal.
Oleh itu, orang sebeginilah yang banyak membantu pengguna jalan raya lain yang berdepan dengan masalah semasa sedang memandu.
Lelaki kongsi tolong tukar tayar pemandu pecah ketika berada di Dubai
Perkara sama turut berlaku kepada sekumpulan pelancong yang juga usahawan produk makanan ‘ready to eat’ apabila mendengar bunyi aneh pada tayar sewaktu menaiki kereta di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menerusi video yang dimuat naik oleh @Abata.team di TikTok, mereka memaklumkan sewaktu dalam perjalanan pulang ke hotel mereka terdengar bunyi tayar seperti bocor.
Susulan itu, dia kemudian memaklumkan kepada pemandu namun dia enggan mempercayainya. Malah pemandu turut menunjukkan sistem pada kenderaannya yang menyatakan tayar tidak mempunyai sebarang masalah.
Namun secara tiba-tiba tayar kereta berkenaan meletup dan membuatkan pemandu terkejut. Apa yang menjadi perhatian kumpulan Abata memaklumkan pemandu itu juga tidak pandai untuk menukar tayar.
Perkara itu secara tidak langsung menyebabkan mereka mahu membantunya untuk menukar tayar yang pecah itu kepada tayar lain.
Dalam video itu, kelihatan salah seorang daripada kumpulan itu turut mengajar pemandu berkenaan cara untuk menukar tayar berkenaan.
Siap membebel dan bergurau dengan pemandu guna loghat Pahang
Malah dia sempat bergurau dengan pemandu apabila membebel menggunakan loghat negeri Pahang.
“Teman dah kabor (kata) tadi, tayar, tayar aok (awak) tak nak dengar,” katanya sambil ketawa. Turut kelihatan pemandu terbabit juga ketawa melihat keletah penumpangnya itu.
Kumpulan lelaki berkenaan dipercayai berkunjung ke Dubai untuk mempromosikan produk makanan mereka di sana.
Pemandu tak minta upah sebagai ucapan terima kasih bantu tukar tayar
Di ruang kapsyen mereka mengatakan mujur yang menaiki kereta tersebut adalah orang Malaysia dan mereka boleh membantu untuk menukarkan tayar berkenaan.
Malah tindakan murni mereka itu membuatkan pemandu kereta enggan menerima sebarang bayaran kerana membawa mereka.
“Tapi orang Dubai baik, tak ambil kesempatan. Sebagai tanda terima kasih dia (pemandu) tak kena kan apa-apa caj kepada kami. Aduhai kenangan.”
Ramai terhibur lihat gelagat pemandu dan kumpulan lelaki cakap loghat Pahang
Melihat di ruang komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut dan mengatakan penat pemandu dari Dubai itu ingin memahami apa yang diperkatakan oleh kumpulan berkenaan dalam loghat Pahang.
Tidak kurang juga ada yang suka mendengar loghat Pahang yang ditutur oleh kumpulan tersebut.