Jadi Bahan Troll Konon Minta Khairul Aming Buat Audit Banjir, Ini Respon Syed Saddiq [Video]
Ahli Parlimen Muar itu turut tampil menempelak dakwaan terbabit selain menyatakan MUDA tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Khairul Aming.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Banjir yang berlaku di sembilan negeri sejak beberapa hari ini telah membuatkan beberapa pihak tampil tampil menghulurkan bantuan seperti makanan, pakaian, alatan mandian dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan, influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA) turut menghulurkan bantuan buat semua mangsa yang terjejas akibat bencana itu.
Malah Khairul Aming turut membentuk pasukan sukarelawan yang ingin bersamanya untuk membantu mangsa-mangsa banjir seperti mengagihkan makanan, pakaian serta banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kedekut Rezeki” – Khairul Aming Edar Dendeng Nyet Percuma Kepada Mangsa Banjir Buat Ramai Terharu
Bagaimanapun, sejak semalam (2 Disember), tular ciapan dari satu akaun X @harakakdailyHD yang membuat berita palsu atau ‘troll’ dengan menyatakan bahawa parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memberi amaran kepada Khairul Aming untuk melakukan audit laporan kewangan banjir.
MUDA tak pernah keluarkan kenyataan negatif terhadap Khairul Aming
Terbaharu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tampil menempelak dakwaan itu selain menyatakan MUDA tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Khairul Aming.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, Syed Saddiq mendakwa kenyataan yang tular di media sosial itu dimuat naik oleh akaun palsu atau akaun ‘troll’ milik penyokong Pakatan Harapan (PH).
“Kes kematian motor pun mereka fitnah Ustaz Azhar Idrus, bila arwah Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pun mereka jadikan bahan lawak. Tapi itulah, orang senang sangat percaya fitnah hari ini. Siap kata Donald Trump Presiden Kelantan.
“Wahai akaun palsu penyokong PH, tak perlu nak alih perhatian rakyat dengan fitnah provokasi kamu,” katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk menghapuskan akaun tersebut bagi mengelakkan daripada fitnah daripada terus berleluasa.
Lebih baik jawab tiga soalan ini daripada rakyat’ – Syed Saddiq
“Lebih baik jawab tiga soalan daripada rakyat. Satu, PH dan Barisan Nasional (BN) yang batal dan lewatkan RM7 bilion projek tebatan banjir. Kini rakyat yang sengsara. Kedua, banjir tahun ini paling teruk tetapi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan banjir tetap duduki peperiksaan walaupun teruk terkesan.
“Ketiga, kalau akaun media sosial pembangkang dengan fitnah macam ini, dah lama heret ke mahkamah dan dipenjarakan tetapi ini penyokong kamu, tiada tindakan. Adilkah?
“Saya mohon jasa kawan-kawan untuk suka, komen dan kongsi video ini untuk lawan fitnah mereka. Yang kenal Khairul Aming boleh kongsikan sekali kepada dia.
“Saya mengagumi dia, mengapa saya akan melakukan itu kepadanya? Lawan dengan kebenaran bukan demi kemungkaran,” katanya lagi.
Saya difitnah.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 3, 2024
Mohon jasa baik kawan kawan untuk share video ini untuk lawan fitnah jahat mereka.
Kepada yang kenal Saudara @khairulaming , please do share this to him.
I admire him, why would i ever do that to him.
Lawan dengan kebenaran, bukan demi kemungkaran. pic.twitter.com/DpWQv6UcOm
Ciapan troll terhadap Syed Saddiq raih lebih 500,000 tontonan
Terdahulu, ciapan troll yang dimuat naik oleh @harakakdailyHD telah mendapat lebih 500,000 tontonan dan ratusan komen di X.
Ada yang mengetahui kenyataan itu hanyalah palsu yang dibuat atas tujuan provokatif semata-mata dan ada pula yang mempercayainya sehingga menyelar Syed Saddiq atas berita tidak benar itu.
MUDA bagi amaran kepada Khairul Aming untuk audit laporan kewangan banjir.
— Harakakdaily (@harakakdailyHD) December 1, 2024
“Walaupun guna duit sendiri, perlu audit,” ujarnya. pic.twitter.com/XnzwUGHjYC
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kecewa, Ada Pihak Beri Baju Penuh Telur Lipas, Kulat & Kencing Tikus Untuk Mangsa Banjir [Video]