fbpx
Now Reading
Keadaan Kereta-kereta Di Fair Park Ipoh Selepas Dilanda Banjir Raih Perhatian Ramai [Video]

Keadaan Kereta-kereta Di Fair Park Ipoh Selepas Dilanda Banjir Raih Perhatian Ramai [Video]

Kereta-kereta tersebut kebanyakannya adalah keluaran baru seperti Proton X50, Cherry Omoda 5 serta turut terdapat kenderaan mewah iaitu Mercedes serta Porsche.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita mungkin sudah tahu bahawa kawasan-kawasan di utara dan pantai timur seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan sering dilanda bencana banjir pada setiap tahun.

Bagaimanapun, hujan lebat yang berterusan di beberapa negeri lain pada tahun ini menyebabkan kawasan yang tidak pernah dilanda banjir turut terjejas oleh bencana itu.

Pada Ahad lalu (1 Disember), banjir kilat telah melanda kawasan perumahan di Arena Kepayang Putra, Fair Park, Ipoh sehingga ratusan rumah dinaiki air setinggi kira-kira 1.2 meter.

Penduduk menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang tidak dijangka memandangkan ia merupakan kali pertama banjir berlaku dalam tempoh 28 tahun menetap di sana.

Baca Artikel Berkaitan: Arena Kepayang Putra Di Ipoh Pertama Kali Dilanda Banjir Kilat Sejak 28 Tahun Diduduki [Video]

Tular video selepas air surut, puluhan kereta tersadai akibat rosak

Terbaharu, tular pula satu video di media sosial yang memaparkan keadaan di kawasan perumahan itu selepas musibah terbabit.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @kimiezingers, selain perabot yang musnah, kelihatan juga puluhan kereta yang ditenggelami air sebelum ini ‘tersadai’ di sekitar kawasan perumahan.

Dapat dilihat juga kesan paras air pada badan kenderaan itu selain bahagian dalamnya juga telah dipenuhi dengan lumpur.

Kesemua kereta dilanda banjir hanya menunggu untuk ditunda

Dalam video sama, turut kelihatan beberapa trak tunda yang sedang menunda kereta untuk dibawa ke bengkel atau pusat penyelenggaraan.

Kereta-kereta tersebut kebanyakannya adalah keluaran baru seperti Proton X50, Cherry Omoda 5 serta turut terdapat kenderaan mewah iaitu Mercedes serta Porsche.

Untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat banjir bukanlah murah, bayangkan berapa banyak wang yang harus dibelanjakan oleh pemiliknya untuk menyelenggara kereta tersebut sekiranya tiada mengambil insurans bencana.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Banjir, Persatuan Insurans Gesa Orang Ramai Semak Perlindungan Dalam Polisi

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang titip doa

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.

Kebanyakan orang menitipkan doa agar kesemua mangsa banjir di sana dimudahkan segala urusan dan diberi ketabahan menghadapi dugaan ini.

Namun, ada pula yang meminta agar orang ramai berhati-hati kerana kenderaan-kenderaan itu berkemungkinan akan dijual setelah diperbaiki.

Apa nak buat kalau kereta tenggelam banjir?

Perkara sebegini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, jangan disangka kawasan yang tidak pernah dilanda banjir tidak boleh menghadapi musibah itu.

Jadi anda perlu tahu apa yang harus dilakukan sekiranya kereta ditenggelami air. Jangan panik, ini langkah yang harus dilakukan:

  1. Jangan dekati kereta yang sudah ditenggalami air, tunggu sahaja sehingga air surut.
  2. Setelah air surut, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan itu bertambah buruk.
  3. Gunakan trak tunda untuk membawa kereta ke bengkel berdekatan atau yang dipercayai.

Biarkan pomen atau mekanik jalankan kerja memeriksa bahagian enjin dan dalaman kereta kerana untuk mengetahui apa yang harus diperbaiki dan apa yang perlu ditukar.

Berikut komen yang diberikan netizen di TikTok:

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.