“Pembahagian Tak Adil” – Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Barang Bantuan Khairul Aming Dicatu Tok Penghulu [Video]
Khairul Aming kemudiannya tampil memberi respon berhubung isu bantuan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui kebanyakan negeri di Malaysia khususnya Pantai Timur sedang dilanda bencana banjir.
Kelantan merupakan antara negeri yang paling terjejas dengan jumlah mangsa terlibat melebihi 45,000 orang setakat 3.30 petang hari ini (3 Disember) dan kebanyakannya ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Sudah pastinya keadaan sebegini mendapat perhatian ramai hingga ada pihak tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.
Antara yang paling giat memberikan bantuan adalah pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kedekut Rezeki” – Khairul Aming Edar Dendeng Nyet Percuma Kepada Mangsa Banjir Buat Ramai Terharu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bos Mydin Benarkan Khairul Aming Ambil Barang Di Gedung Untuk Bantu Mangsa Banjir
Mangsa Banjir Dakwa Bantuan Khairul Aming Dicatu Oleh Tok Penghulu
Walau bagaimanapun, ada mangsa banjir meluahkan rasa kecewa dan mendakwa barang bantuan influencer tersebut dicatu oleh Tok Penghulu.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @user34417455075593, individu itu meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kuantiti barang bantuan yang diterima di PPS SK Tumpat 1, Kelantan.
Jelas individu terbabit, barang bantuan yang dihantar oleh Khairul Aming sememangnya banyak namun kuantiti yang dibahagikan adalah sedikit.
Dakwanya, ketua kampung mencatu barang bantuan tersebut. Malah, dia turut menyertakan bukti video bahawa barang bantuan itu telah diasingkan terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada mangsa terjejas.
“Memang teruk kena duduk PPS SK Tumpat 1, banyak barang yang sampai tapi yang dibagi hanya sedikit sahaja.
“Memang teruk ketua kampung sini. Saya tak nafikan musim sekarang memang tak cukup bekalan makanan tapi barang-barang memang banyak sampai tapi yang dibahagi hanya sedikit sahaja.
“Diorang sanggup asingkan barang-barang yang seperti dalam video,” tulisnya.
Kad Bantuan Ditanda Tapi Barang Tak Dapat
Dakwa individu itu lagi, kad PPS yang menjadi bukti barang bantuan diterima juga telah ditanda namun tiada barang yang diperolehi.
Malah, dia mendakwa alasan yang diberi oleh Ketua Kampung berkenaan ketika ditanya tentang barang bantuan tersebut juga adalah tidak masuk akal.
“Pengalaman saya sebelum ini dekat PPS banjir jikalau ada barang yang sampai, lepastu perlu diagihkan kad PPS harus ditanda bahawa barang tersebut dah dapat tetapi disini kad ditanda tetapi barang tak dapat.
“Saya dah bertanya kepada Tok Ngulu tapi dia beritahu bantuan dari Khairul Aming ni bawahan dia jadi sesuka hati dia nak buat macam mana,” dakwanya lagi.
Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat individu terbabit hanya menerima sebungkus mee segera yang telah terbuka bungkusannya serta biskut kering.
Hanya Bersuara Bagi Menegakkan Keadilan
Melalui video berasingan, dia mendakwa tujuannya berkongsi hanyalah sekadar untuk mendapatkan keadilan mengenai isu pengagihan barang bantuan berkenaan.
“Jikalau saya tak berani bersuara dalam hal-hal sebegini, benda ini akan terulang lagi. Barang-barang yang sampai tadi memang banyak tapi pembahagian memang tak adil, ada yang boleh tu, ada yang tak boleh ni.
“Sedangkan Tok Penghulu sendiri cakap dia buat macam tu untuk semua orang dapat tapi ramai yang tak dapat sewajarnya barang daripada KA. Jikalau beliau melakukan hal yang betul, tidak akan ada yang bersuara macam ini.
“Barang-barang dari KA seperti susu, milo, sardin, biskut dalam tin, roti Gardenia semua dia asing letak belakang tetapi yang hanya dibahagi hanya beberapa perkara,” tulisnya.
Ini Respon Khairul Aming
Susulan isu yang tular itu, Khairul Aming dalam satu rakaman video siaran langsungnya menjelaskan dia ada mendapat aduan berhubung isu tersebut.
Namun, usahawan Sambal Nyet dan Daging Nyet Berapi menjelaskan pihaknya enggan masuk campur berhubung isu berkenaan memandangkan kurangnya info tepat berhubung isu tersebut yang diterima.
“KA tak nak masuk campur dan saya tak benarkan team KA pun masuk campur isu tu. Info yang kami ada adalah kami cuma letak barang di sana kemudian kami terus gerak. Itu sahaja.
“Minta maaf KA tak boleh nak fokus semua ‘isu rumah tangga’ kat sana. Memang kita kat sini sangat-sangat padat dan laju sebab ramai lagi yang tak dapat bantuan,” katanya.
Walau bagaimanapun, dia tetap menyarankan agar pihak terlibat tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa jika benar apa yang didakwa.
“Kalau betul benda tu terjadi, buat laporan kepada polis ke apa ke. But other than that, team KA memang tak boleh masuk campur dan tak tahu langsung info. Saya tak boleh, takut nanti jadi fitnah.
“Again KA tak nak masuk campur dan saya tak benarkan my team masuk campur isu itu sebab the only info yang kita ada adalah kita drop and kita gerak,” jelasnya lagi.
Hantaran Undang Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat lebih 612,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai isu tersebut.
Ada yang mengecam tindakan Ketua Kampung berkenaan namun ada juga yang menyokongnya.
Tidak hanya itu, ada pengguna media sosial yang tidak mahu menyokong mana-mana pihak dan mahu mendengar cerita daripada kedua-duanya.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Kenapa Buat Macam Tu, Kami Sukarelawan Dekat KA Dah Asing Siap-Siap Untuk Individu, Tak Perlu Buka Dah Sepatutnya”
“Berat Tok Penghulu Lie, Amanah Orang Biar Dia Jawab, Tak Semua Orang Boleh Jadi Tok Penghulu Ni”
“Panggil Tok Penghulu Lie & Pengadu Duduk Meja Sekali, Baru Tahu Cerita Macam Mana”
“Jangan Sebarkan Cerita Sebelah Pihak Macam Ni”
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Dakwa Petugas PPS Catu Barang Bantuan Mangsa Banjir, Ini Penjelasan YB Kawasan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kecewa, Ada Pihak Beri Baju Penuh Telur Lipas, Kulat & Kencing Tikus Untuk Mangsa Banjir [Video]