“Rindu Vibe Kenduri Dulu” – Konsep Makan Berhidang Perkampungan Melayu Di Myanmar Curi Perhatian [Video]
Kelihatan para lelaki di perkampungan Melayu Islam, Kampung Tanjung Beluru di Pulau Dua, Myanmar itu sedang duduk dalam satu bulatan bagi menjamu selera dengan konsep makan berhidang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seiring dengan peredaran zaman, banyak budaya baru yang diperkenalkan menyebabkan ada tradisi terdahulu yang tidak lagi diamalkan oleh generasi muda pada masa ini. Antara perkara yang jelas kelihatan adalah konsep penganjuran sesebuah kenduri.
Pada waktu dahulu, orang lama menerapkan tema dan corak klasik dalam majlis tersebut manakala kini orang ramai lebih memilih konsep yang lebih moden.
Jika orang ramai membiarkan sahaja tradisi berkenaan berlalu pergi, tidak pelik sekiranya ia semakin pupus ditelan zaman.
Lelaki Kongsi Tradisi Makan Berhidang Sekitar Perkampungan Melayu Di Myanmar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Amar Akmal (@amarakmal414) berkongsi pengalaman melawat suasana perkampungan Melayu Islam di Kampung Tanjung Beluru, Pulau Dua di Myanmar.
Dalam video perkongsian, kelihatan penduduk kampung tersebut membesar dalam masyarakat yang majmuk. Setiap rumah di sana juga masih menggunakan papan serta kayu dan bukannya batu-bata seperti di bandar.
Bahkan mereka masih menggunakan sumber bateri dan air telaga sahaja dalam kehidupan seharian.
Bukan itu sahaja, mereka dilihat masih menerapkan tradisi orang terdahulu iaitu kenduri berkonsepkan makanan berhidang dan bukannya ‘style’ bufet seperti zaman moden ini.
Menerusi klip berkenaan, kelihatan golongan lelaki sedang duduk dalam satu bulatan besar dan bersama-sama menjamu selera setiap makanan yang dihidangkan.
Kerjasama di antara penduduk yang membantu menghidangkan setiap juadah membuatkan situasi tersebut kelihatan lebih harmoni.
“Salah satunya kenduri makan berhidang macam ni. Dah hampir hilang di Malaysia kita 🥹. Tapi dekat sini, mengingatkan Malaysia pada 30 ke 40 tahun yang lepas,” kata Amar di ruangan kapsyen.
@amarakmal414 Replying to @Cucu Ghazali Yaa.. Salah satunya Kenduri mkn Berhidang mcm ni.. Dah hampir Hilang di Malaysia kita 🥹… Tapi kt sini, Mengingatkan Malaysia 30 40 Tahun lepas.. #MelayuMyanmar #KgTanjungBeluru #PulauDua #Myanmar ♬ original sound – Rania Imtiaz
Penduduk Bertutur Dalam Bahasa Melayu Dengan Loghat Kedah
Memandangkan mereka menghuni di Myanmar, penduduk di sana dikatakan menggunakan dua bahasa dalam rutin harian mereka iatu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Burma.
Lebih mencuri perhatian apabila mereka juga menggunakan dialek Kedah dalam komunikasi mereka. Sekali dengar, memang tidak jauh beza dengan cara percakapan rakyat di Malaysia.
@amarakmal414 Replying to @Yasss Panjang Lebaq Bro sembang dgn dia sementara nak sampai Kampung dia.. Seropa sembang dgn org Kedah.. 😁#MelayuMyanmar #TanahSari #Myanmar ♬ original sound – AMAR AKMAL
Ramai Rindu Tradisi Makan Berhidang Zaman Dahulu
Menjengah ke ruangan komen, segelintir meluahkan rasa rindu terhadap tradisi makan orang Melayu zaman dahulu.
“Rindunya zaman tu. Zaman sekarang lebih kepada nak mudah tak perlu basuh-basuh dah. Pakai buang je dan semua guna bufet katering,” ujar seorang wanita.
Pengalaman Amar merasai sendiri kehidupan di perkampungan Melayu Islam di Myanmar membuatkan segelintir individu ingin berkunjung ke sana.
“Rasa meremang bulu roma tengok video ni. Sayu dan sebak. Suasana klasik macam ni buat rasa teringin nak pergi,” kata seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, sesetengah warganet turut berkata penduduk di kawasan rumah masih mengamalkan tradisi makan berhidang setiap kali berlangsungnya sesebuah majlis.
“Kampung kami di Pekan Pahang masih lagi ada tradisi makan berhidang tiap kali ada majlis kesyukuran,” ujar seorang warganet.
Baca Artikel Berkaitan: “Menariknya”- Pasangan Pengantin Baba Nyonya Buat Majlis Tema Melayu Buat Ramai Teruja [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Tentang Tarian Labi-labi, Tarian Tradisional Melayu Dari Pahang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Angkat Tema ‘Rumah Kampung’ Di Pentas Miss Universe, Francisca Luhong Raih Pujian Ramai