Gelagat Ceria Pramugara Tolong Bungkus Makanan Untuk Penumpang Sambil Berpantun Raih Pujian [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan pramugara Malaysia Airlines berkenaan berada dalam posisi melutut untuk membantu penumpang berkenaan membungkus makanan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali menaiki kapal terbang antara perkara yang dinantikan oleh kebanyakan penumpang tentunya pilihan makanan yang akan dihidangkan oleh anak kapal (pramugari dan pramugara).
Malah tak dinafikan ramai yang sukakan makanan di dalam pesawat kebiasannya mempunyai rasa yang sedap dan sukar untuk didapatkan di restoran.
Selain itu, pilihan makanan yang disediakan juga merupakan satu hidangan yang lengkap dengan pencuci mulut dan makan seimbang untuk para penumpang.
Namun ada sahaja segelintir penumpang yang tidak dapat menghabiskan sesuatu hidangan dan sayang jika ianya dibuang kerana ia adalah satu pembaziran.
Pramugara raih perhatian siap tolong bungkuskan makanan untuk penumpang
Baru-baru ini seorang pramugara dari Malaysia Airlines menarik perhatian ramai dengan gelagat bersahajanya serta mempunyai sikap yang memahami penumpangnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Najmi Farisham di TikTok, kelihatan pramugara yang memakai spek mata itu membawa plastik untuk membantu penumpangnya membungkus lebihan makanan yang tidak habis.
Dalam video itu, kelihatan dia mengeluarkan pencuci mulut dipercayai kek butter tersebut dari bekasnya dan meletakkan kek berkenaan di atas plastik.
“Mana nak cari pramugari lelaki yang tolong bungkuskan untuk bawa balik, sweet tak? Haaa.
“Mangkuk ni kena ambil sebab kita guna semula, tapi yang ni boleh bawa balik ya. Bungkus nanti dekat airport (lapangan terbang) boleh makan ha,” katanya kepada penumpang.
Sanggup melutut nak bantu penumpang
Malah kelihatan dia turut berada dalam keadaan melutut di atas lantai pesawat untuk membantu penumpang membungkus makanan berkenaan.
Sebelum memberikan pencuci mulut terbabit kepada penumpang, pramugara itu turut dilihat sempat menjual pantun.
“Mudik ke hulu sambil berakit bawa dagangan penuh sepekan, rindu kau orang bukan sedikit, sesuap di tangan tidak termakan. Haaa gitu, boleh bawa balik,” ujarnya sambil tersenyum.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Najmi berasa terharu dan selesa dengan sikap ditunjukkan oleh pramugara berkenaan.
Jelasnya gelagat pramugara yang ‘happening’ itu juga membuatkan penerbangan mereka untuk pulang ke tanah air (Malaysia) dari Jeddah, Arab Saudi lebih seronok.
“Mujur pramugara ni ajar cara nak tapau makanan tak habis dalam pesawat. Happening betul pramugara/ pramugari macam ni. Tak sempat nak tidur dengar dia pot pet pot pet (bercakap),” katanya di ruang kapsyen.
Ramai puji sikap pramugara baik hati
Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa senang dengan sikap ceria pramugara berkenaan melayan kerenah penumpangnya.
Malah ada yang memuji dia mempunyai karakter yang menarik. Tidak kurang ramai yang berkongsi pengalaman menarik mereka apabila menaiki pesawat Malaysia Airlines.
Ada yang mengatakan sikap pramugari dan pramugara yang peramah membuatkan mereka sentiasa memilih penerbangan dari syarikat itu.