fbpx
Now Reading
Influencer Nasihat Pengguna RON95 Perlu Isi RON97 Sekali Sekala Demi Jaga Piston Enjin [Video]

Influencer Nasihat Pengguna RON95 Perlu Isi RON97 Sekali Sekala Demi Jaga Piston Enjin [Video]

Menurut influencer automotif yang dikenali sebagai Gu Lee, RON95 yang dijual pada harga murah bagi seliter petrol mempunyai kandungan ‘octane’ lebih rendah berbanding RON97.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bahagian paling penting untuk sesebuah kenderaan ialah enjin dan juga kotak gear, jika kedua-dua ini atau salah satunya rosak, sudah tentu kereta tidak akan dapat bergerak.

Malah, jika ada masalah yang berhubung kait dengan enjin dan kotak gear, pemanduan pasti akan jadi kurang memuaskan bukan?

Oleh kerana itu, kita sering didedahkan dengan cara untuk menjaga bahagian enjin dan ‘gearbox’ kereta agar ia mampu bertahan lebih lama dalam kondisi yang baik.

Pengguna RON95 sekali sekala perlu guna RON97 untuk jaga enjin

Terbaharu, seorang influencer automotif yang dikenali sebagai Gu Lee menyatakan para pengguna setia RON95 perlulah mengisi RON97 juga sekali sekala pada kereta.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Gu Lee berkata, perkara itu adalah untuk memastikan kondisi enjin sentiasa dalam keadaan yang baik.

“Tak boleh hanya guna RON95 sahaja, sekali sekala kena pakai RON97 juga untuk jaga piston enjin kereta,” tulisnya di kapsyen.

RON95 miliki kandungan octane lebih rendah berbanding RON97

Menurut Gu Lee, RON95 yang dijual pada harga murah bagi seliter petrol mempunyai kandungan ‘octane’ lebih rendah berbanding RON97.

“RON95 memang ekonomi sebab harganya murah, tapi ia kurang kandungan ‘octane’,” katanya.

Jelasnya, kandungan ‘octane’ yang ada pada minyak petrol dapat menggurangkan enjin kenderaan daripada ‘knocking’.

Kata Gu Lee, perkara itu berlaku kerana ‘octane’ yang masuk ke dalam enjin kenderaan dapat mengurangkan geseran pada bahagian omboh (piston) sekali gus membuatkan bahan api terbakar dengan sekata.

@gu_lee_

Tak boleh hanya guna ron95 sahaja. Sekali sekala kena pakai ron97 juga untuk jaga piston enjin kereta. #LearnOnTikTok #TanyaGuLee #jagakereta #GengKereta #KakiKereta #GuLee

♬ Rock and Roll Session – Canal Records JP

Kandungan octane sebagai ‘antiknock’

Sementara itu, memetik blog teknikal automotif, MH Auto Care, kandungan octane ini adalah sebagai ‘antiknock’ iaitu bahan yang menstabilkan petrol supaya tidak terbakar dengan sendirinya ketika campuran udara dan petrol dimampatkan di dalam silinder.

“Semakin tinggi nilai Octane pada Petrol maka semakin stabil Petrol tersebut dan semakin tinggi tekanan dan suhu yang boleh dikenakan pada campuran udara dan Petrol ketika dimampatkan di dalam silinder tanpa menyebabkan campuran udara dan petrol terbakar disebabkan oleh tekanan dan suhu yang tinggi ketika dimampatkan,” tulis blog itu.

Tak jadi masalah Petrol RON95 campur RON97, asalkan bukan diesel

Terdahulu, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pakcik Shell turut menjelaskan  tidak menjadi sebarang masalah jika RON97 dan RON95 dicampur ke dalam tangki yang sama asalkan bukan diesel.

Menurutnya, cara terbaik adalah dengan menggunakan RON95 dahulu sebanyak beberapa kali dan tunggu sehingga habis, kemudian barulah isi minyak RON97 ke dalam tangki kereta.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.