fbpx
Now Reading
Reaksi Teruja Ibu Pertama Kali Lihat Pemandangan Di Eropah Buat Anak Sebak [Video]

Reaksi Teruja Ibu Pertama Kali Lihat Pemandangan Di Eropah Buat Anak Sebak [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan wajah si ibu begitu teruja apabila melihat pemandangan sewaktu berada di Sarajevo, Bosnia buat pertama kali dalam hidupnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar anak pasti ingin mengembirakan hati ibu bapa, kerana ia adalah satu ketenangan atau kebahagian tak terhingga apabila dapat melihat mereka tersenyum.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada anak-anak yang sanggup melakukan apa sahaja hatta berhabisan duit sekalipun asalkan dapat melihat wajah tua itu tersenyum.

Bukan hanya itu, kenangan yang dicipta bersama sewaktu mereka meniti usia ini juga akan menjadi kenangan terindah buat seorang anak selain mendapat ganjaran pahala yang besar kerana sentiasa mengembirakan hati ibu bapa.

Wanita terharu dapat bawa ibu pertama kali melancong ke negara Eropah

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita ini apabila memenuhi impian ibunya untuk melawat ke negara Eropah bersama keluarga.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Syakirah Abdullah di TikTok, awalnya kelihatan si ibu dan anak-anaknya sedang menaiki kereta menyusuri salah satu terowong di Sarajevo, Bosnia.

Namun sebaik sahaja melepasi terowong berkenaan, kelihatan si ibu begitu teruja dan kagum melihat pemandangan yang cukup indah di negara berkenaan.

“Wahhhhh! Depan cantik lagi dik penempatan. Tu gunung tu,” kata si ibu memuji pemandangan yang berada jelas di depan matanya.

Ibu teruja lihat pemandangan cantik di Sarajevo

Reaksi spontan yang diberikan oleh si ibu secara tidak langsung membuatkan Syakira berasa sebak dan terharu. Malah dia juga memaklumkan itu adalah kali pertama insan tercinta itu melawat ke negara Eropah.

“Point of View (POV) bawa mak first time pergi Europe country.”

Di ruang kapsyen Syakirah memaklumkan ibunya sering memberitahunya ingin ke negara orang putih dan dia berasa gembira apabila salah satu daripada impian ibunya berjaya dicapai.

“Reaksi, lagu dan pemandangan itu 🥹😭. Mak selalu kata dia nak pergi tengok negara orang putih (sama seperti kami juga). Jadi alhamdulillah, kami dapat menandakan impiannya bersama-sama,” ujar Syakirah.

Dalam video sama Syakirah turut menunjukkan pemandangan gunung yang dilihat oleh ibunya sewaktu berada dalam kereta berkenaan.

@syakirahabdullah_

her reaction, the song, the view 🥹😭 mak selalu kata dia nak pi tgk negara omputih (as we all do) so alhamdulillah we got to tick this dream of hers off the bucket list together! #memory #mymother #makmaktiktok #travelbucketlist

♬ Missing Pieces – Flawed Mangoes

Ramai sebak lihat rekasi ibu Syakirah

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat reaksi ibu Syakirah yang disifatkan sebagai comel.

Tidak kurang juga ada yang menyimpan impian agar diberikan rezeki dan peluang untuk melakukan hal yang sama bersama ibu bapa dan keluarga tercinta.

“Semoga saya pun ada rezeki bawa mama. Teringin nak pergi London dan Edinburgh”
“Ya Allah panjangkanlah umur ibu bapaku sampai kami semua adik-beradik dah stabil. Boleh bawa mereka travel. Mak ayah kahwin awal umur 20-an tak sempat pun travel jauh-jauh.”
“Betul. Happy gila bila tengok mak kita punya reaksi bila dekat negara orang.”
“Satu-satunya kejayaan bagi aku sebagai seorang anak lelaki adalah bawa mak aku pergi luar negara selain Mekah dan Madinah. Harap aku boleh capai matlamat ni sebelum dan aku pergi buat selamanya.”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.