fbpx
Now Reading
Remaja Dikecam, Didakwa Biadap Ketika Perlawanan Badminton Dengan Pemain Lebih Berusia [Video]

Remaja Dikecam, Didakwa Biadap Ketika Perlawanan Badminton Dengan Pemain Lebih Berusia [Video]

Para penonton seakan hilang sabar dan mula bersuara selepas remaja terbabit dengan sengaja membuang ‘shuttlecock’ yang ingin diambil pemain lawan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan hampir kebanyakan daripada rakyat Malaysia gemar bersukan seperti berbasikal, joging, berenang atau bermain badminton, bola sepak serta futsal.

Perkara sebegini sememangnya baik untuk kesihatan diri, namun jika tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi ia pasti boleh mendatangkan masalah.

Hal ini kerana semangat kesukanan yang tinggi dapat mengawal emosi seseorang daripada melakukan tindakan provokasi melampau atau tidak menghormati pemain lawan.

Tular pemuda bersikap tidak profesional semasa pertandingan badminton

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang remaja lelaki didakwa bersikap tidak profesional dalam satu pertandingan beregu badminton di sebuah gelanggang badminton di Batu Muda, Kuala Lumpur.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pemain lawan yang dikenali sebagai Daus Solex yang menentang beregu remaja itu bersama rakannya.

“First time jumpa situasi macam ini sejak lebih 20 tahun sertai pertandingan (badminton),” tulisnya di kapsyen.

Bersikap biadap ketika pemain lawan ingin ambil bulu tangkis

Menerusi hantaran video semasa perlawanan yang dimuat naik oleh Daus di akaun TikTok miliknya, dapat dilihat dengan jelas remaja terbabit dengan sengaja menolak jauh bulu tangkis dengan menggunakan raketnya semasa dia ingin mengambilnya.

Ketika perlawanan dipercayai memasuki interval set kedua, remaja terbabit sekali lagi melakukan perkara sama, namun kali ini kepada rakan sepasukan Daus yang difahamkan memiliki jarak umur hampir 30 tahun berbanding pemain itu.

Sengaja jatuhkan bulu tangkis yang ingin diambil pemain lawan, penonton mula tegur

Para penonton yang melihat perlawanan itu seakan hilang sabar dan mula bersuara selepas remaja terbabit dengan sengaja menjatuhkan ‘shuttlecock’ yang dipegangnya semasa rakan Daus ingin mengambilnya.

“Woi, orang tua tu, belajar hormat bang. Psiko ada caranya, belajar hormat, umur muda lagi tu. Tak guna ‘power’ kalau tiada adab,” kata penonton.

Sedar akan kesilapan dirinya yang menyebabkan ramai penonton marah, remaja itu dengan segera meminta maaf kapada Daus dan rakan pasukannya.

Daus harap remaja terbabit belajar daripada kesilapan

Susulan daripada perkara itu, Daus berharap agar remaja terbabit yang masih muda agar belajar daripada kesilapannya dengan mengawal emosi dan sentisa menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

“Betul juga kata penonton, beza umur dengan otai tu hampir 30 tahun. Dia pun belum sampai (umur) 20 tahun. Harap dia belajar dari kesilapan,” kata Daus lagi.

Orang ramai pakat kecam tindakan remaja itu yang disifatkan sebagai biadap

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan remaja terbabit yang disifatkan oleh mereka sebagai biadap dan bukannya psiko.

Kebanyakan orang juga berharap agar perkara yang dikongsikan oleh Daus itu dapat dijadikan pengajaran buat generasi muda yang lain agar sentiasa menjaga adab semasa bersukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.