“Terbaik Bang” – Layanan Hebat Lelaki Terhadap Ibu Mentua Yang Sakit Lutut Raih Pujian [Video]
Difahamkan, Sabree sebenarnya mahu membawa ibu mentuanya itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan kesihatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja tentang perkahwinan, ia bukanlah hanya sekadar penyatuan dua jiwa. Sebaliknya ia juga sebagai titik permulaan terjalinnya hubungan istimewa dengan ahli keluarga pasangan.
Oleh sebab itu, kita sering kali dinasihatkan agar memberi layanan yang baik lebih-lebih lagi kepada ibu dan bapa mentua sama seperti ibu bapa sendiri.
Namun, ada segelintir individu yang masih menganggap bapa atau ibu mentua mereka sebagai ‘orang luar’ walaupun telah berkahwin bertahun lamanya.
Ini kerana dapat dilihat layanan berbeza diberikan kepada ibu bapa mentua berbanding ibu bapa sendiri.
Lelaki Layan Ibu Mentua Macam Ibu Sendiri
Namun, lain pula dengan seorang lelaki ini yang dilihat memberi layanan yang amat baik kepada ibu mentuanya sendiri.
Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di TikTok @toradatanglagi88, dapat dilihat pengguna yang dikenali sebagai Sabree tidak kekok dalam melayan dan menjaga ibu mentuanya.
Pada mulanya, ibu mentua Sabree yang bertudung merah sedang duduk di atas buaian di hadapan rumah mereka.
Manakala, Sabree pula sedang masuk ke kereta dan mengalihkan keretanya ke hadapan.
Apa yang menjadi perhatian adalah ibu mentuanya dilihat menghadapi kesukaran untuk bangun daripada buaian tersebut.
Melihat kesukaran wanita warga emas itu, Sabree bergegas keluar dari kenderaannya dan terus membantu si ibu mentua untuk bangun.
Cuba Pelbagai Cara Untuk Bangunkan Ibu Mentua
Dapat dilihat dia cuba memegang dan menarik tangan wanita itu untuk bangun namun gagal.
Sabree kemudiannya cuba memegang badan wanita berkenaan sebelum ibu mentuanya itu berjaya bangun daripada buaian tersebut.
Malah, turut dilihat Sabree mengalihkan buaian berkenaan bagi memudahkan ibu mentuanya berjalan masuk ke kereta.
Difahamkan, Sabree sebenarnya mahu membawa ibu mentuanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan kesihatan.
Malah, dia turut memaklumkan bahawa lutut wanita itu sudah tidak kuat seperti biasa.
Ramai Kagum Lihat Layanan Ikhlas Lelaki Terhadap Mentua
Video Sabree yang telah mendapat lebih 17,000 tontonan dan dikongsikan di platform lain nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Majoriti daripada mereka meluahkan rasa kagum dan memuji lelaki itu yang dilihat ikhlas ketika memberi layanan terhadap ibu mentuanya itu.
Malah, menerusi ruangan komen video tular tersebut, seorang pengguna yang mendakwa sebagai kakak ipar Sabree menjelaskan adik iparnya itu sememangnya seorang yang baik khususnya dengan warga emas.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Hebat Layanan Abang”
“Ini Mak Akak, Adik Ipar Akak Ini Memang Baik Terutama Dengan Orang Tua, Senang Hati Akak Bila Tengok Mak Dijaga Elok”
“Semoga Mama Abang Sihat Selalu & Dipermudahkan Urusan Abang”
“Semoga Diberi Kesembuhan Kepada Ibu Tuan”
“Mesti Mak Mentua Sayang Awak Macam Anak Sendiri Sebab Tu Awak Tak Kekok Perlakukan Dia Macam Ibu Sendiri”
Baca Artikel Berkaitan: Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Meski Berbeza Agama, Ibu Mertua Tunai Hajat Menantu Nak Makan Nasi Tomato Untuk Buka Puasa [Video]