fbpx
Now Reading
“Akan Lupa Kandungan Subjek” – Dr Fadzilah Kamsah Minta Berhenti Belajar Sambil Dengar Muzik [Video]

“Akan Lupa Kandungan Subjek” – Dr Fadzilah Kamsah Minta Berhenti Belajar Sambil Dengar Muzik [Video]

Menurut pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, manusia akan lebih tertarik kepada perkara yang menyeronokkan iaitu muzik berbanding daripada pembelajaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui tanggungjawab hakiki buat mereka yang bergelar murid adalah untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menggapai kecemerlangan.

Bagi merealisasikan impian itu, setiap individu mempunyai kaedah sendiri untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebagai contoh, belajar secara berkumpulan, belajar bersendirian, melakukan latihan atas talian, melibatkan diri dalam kelas tambahan, ulang kaji sambil mendengar lagu dan banyak lagi.


Dr Fadzilah Kamsah Minta Henti Dengar Muzik Sambil Belajar

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@xproofficial) apabila pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah mengingatkan para pelajar untuk tidak mendengar muzik sambil mengulang kaji pelajaran.

“Jangan sesekali letak muzik dekat telinga semasa belajar. Anda menipu diri sendiri. Lebih 80% pelajar suka belajar sambil dengar muzik, dengar sesuatu dekat telinga. Betul tak betul?

“Jadi Nabi SAW bersabda yang maksudnya, ‘Buatlah sesuatu kerja pada satu masa, sebab kamu cuma ada satu hati’. Cuba fikir secara logikal, kita belajar matematik tapi kita dengar lagu yang sangat mendayu-dayu dekat telinga.

“Mana lebih seronok? Matematik yang kita belajar atau lagu dekat telinga?” kata Dr Fadzilah Kamsah.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Freepik

Hati Manusia Lebih Mudah Tertumpu Kepada Perkara Yang Menarik

Menurut beliau, rata-rata pelajar akan lebih tertumpu kepada muzik berbanding subjek yang sedang dipelajari pada ketika itu.

“Hati akan lebih tertarik pada benda yang menarik. Nak dengar muzik boleh tapi jangan masa belajar. Nak dengar muzik boleh waktu rehat, waktu santai okaylah. Kita manusia biasa suka pada hiburan, ala kadarlah.


Dengar Muzik Sambil Belajar Adalah Kerja Sia-sia

Pakar motivasi itu turut menyifatkan bahawa melakukan kedua-dua perkara tersebut dalam satu masa adalah satu kerja sia-sia.

“Awak akan teringat seni kata melodi lagu (dan) lupa subjek matter atau kandungan, butir-butir (maklumat) dalam subjek yang anda pelajari,” ujarnya di akhir perkongsian.

@xpromy

BELAJAR SAMBIL DENGAR LAGU NI SCAM! #xpromy #parenting #childeducation #childhood #childdevelopment #excelpro #student #studyinghabits #musicallearning #children #kidscontent #gatekeeping #disiplin #familybond

♬ original sound – XPRO MY

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Nasihat Dr Fadzilah Kamsah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh pakar motivasi berkenaan.

“Saya paling tak reti dengar lagu sambil belajar. Tak boleh bising dan tak boleh buat kerja lain semasa belajar. Sebab tu akan belajar waktu malam dan sunyi,” ujar seorang wanita.

Pun begitu, ramai juga individu yang berkata bahawa mereka lebih mudah belajar jika sambil mendengar muzik.

“Tapi buat matematik sambil tengah dengar lagu otak lagi lancar dapat jawapan,” kata seorang pengguna TikTok.

Segelintir turut berpendapat bahawa lagu membantu menghilangkan rasa bosan ketika mengulang kaji pelajaran.

“Sejujurnya kalau belajar melibatkan teori, lebih baik tak dengar lagu. Tapi masa belajar benda yang kira-kira seperti matematik aku lebih memilih untuk dengar lagu bagi mengelakkan bosan,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@xproofficial)

Baca Artikel Berkaitan: Anda Mudah Panas Baran? Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Tips Kawal Rasa Marah Dalam Diri

Baca Artikel Berkaitan: Ini Beberapa ‘Free Course’ Di YouTube Yang Korang Boleh Join Untuk Belajar Copywriting

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.