fbpx
Now Reading
“Berpijak Di Bumi Nyata Dik” – Ramai Kecam Wanita Ingin Sewa iPhone 16 Semata-mata Untuk Flex

“Berpijak Di Bumi Nyata Dik” – Ramai Kecam Wanita Ingin Sewa iPhone 16 Semata-mata Untuk Flex

Perkara yang ingin dilakukan oleh wanita itu berserta alasan yang diberikan olehnya sudah tentu tidak akan dipersetujui oleh ramai orang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, zaman ini terdapat ramai golongan muda yang berlumba-lumba mengikuti ‘trend’ dengan memakai atau memiliki barangan mewah dan berjenama.

Bagaimanapun, tidak semua di antara mereka yang berkemampuan untuk memiliki barangan itu sehingga ada yang sanggup membuat pinjaman.

Meskipun barangan berjenama seperti peranti iPhone penting untuk kegunaan kerja pada masa kini, namun jika tidak mampu menanggung bayaran bulanan daripada pinjaman itu, sudah pasti ia akan menyusahkan diri sendiri mahupun ahli keluarga di kemudian hari.

Tular wanita ingin sewa iPhone 16 selama 3 hari

Terbaharu, tular pula di media sosial seorang wanita yang sedang mencari siri iPhone 16 untuk disewa selama tiga hari.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh wanita itu di laman Threads, dia berkata tidak kisah jika iPhone 16 yang akan disewa itu berwarna apa.

“Korang, bantu saya cari sesiapa yang buat sewa siri iPhone 16, tak kisah warna apa pun. Saya nak sewa untuk tiga hari,” katanya.

Nak sewa iPhone untuk tunjuan flex

Apa yang menarik perhatian ramai, alasan wanita itu ingin menyewa siri iPhone 16 adalah untuk tujuan menunjuk (flex) semata-mata.

“Alasan untuk flexing sahaja. Tolong ‘repost’ supaya saya boleh sewa siri iPhone 16,” katanya lagi.

Perkara yang ingin dilakukan oleh wanita itu berserta alasan yang diberikan olehnya sudah tentu tidak akan dipersetujui oleh ramai orang.

Wanita berkenaan mendakwa dia hanya berhasrat untuk menyewa siri iPhone 16 dan bukan membeli kerana sudahpun memiliki iPhone 15 Pro.

Dia kemudiannya berkata akan membeli sahaja iPhone 16 selepas menerima pelbagai kritikan di Threads.

Ramai kecam dan beri nasihat

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu yang ingin menyewa siri iPhone 16.

Kebanyakan orang menasihati wanita itu agar hidup secara bersederhana mengikut kemampuan diri sahaja.

Tidak kurang juga yang menasihatinya untuk membeli sahaja daripada menyewa kerana iPhone 16 tidaklah terlalu mahal.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.