fbpx

Helmet Pemberian Arwah Bapa Hilang Di Stesen Minyak, Wanita Rayu Pencuri Pulangkan [Video]

Difahamkan, topi keledar pemberian arwah bapanya itu telahpun berusia enam tahun dan merupakan jenis Gracshaw berwarna hitam metalik dengan visor rainbow serta bersaiz 2XL.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan orang, barang atau hadiah dari yang tersayang khususnya ibu atau bapa sememangnya amat bermakna.

Malah, ia menjadi lebih bernilai dan dihargai sekiranya individu yang memberi itu telah tiada di dunia ini.

Itu sahaja yang dapat dijadikan kenangan oleh mereka yang masih hidup sebagai tanda ingatan bersama yang tersayang.

Jika barang tersebut hilang atau dicuri, sudah pasti ia akan memberi kesan mendalam kepada individu yang mengalaminya.

Wanita Rayu Helmet Pemberian Arwah Bapa Dipulangkan

Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila topi keledar pemberian arwah bapanya hilang dicuri oleh seorang individu.

Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di akaun @bubblywashere, dia berkongsikan detik kejadian sedih itu.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat seorang lelaki lalu di motosikal milik wanita itu yang diparkir di Stesen Minyak Caltex Desa Coalfield, Sungai Buloh.

Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki berkenaan dilihat mengambil helmet tersebut yang berada pada motosikal wanita itu dan menunjukkan topi keledar berkenaan kepada rakannya.

Malah, lelaki itu dilihat terus menghidupkan motosikal dan berlalu pergi. Difahamkan ketika kejadian, adik wanita itu meminjam motosikal dan topi keledar miliknya untuk bekerja.

“Assalamualaikum, mohon ya yang mencuri pulangkan kembali helmet saya tu, mungkin dah calar balar tapi ada value saya beli dengan arwah bapak saya.

“Saya bagi adik saya yang baru habis SPM guna pergi kerja motor & helmet saya tu. Senang ya buat kerja terus rembat? Tolong pulangkan balik, tak malu ke curi helmet anak yatim,” tulis wanita itu menerusi ruangan kapsyen.

Melalui perkongsian tersebut, wanita itu turut meminta individu bernama Haziq8 yang dipercayai pelaku berkenaan untuk memulangkan topi keledar tersebut.

“Haziq8, pulangkan helmet pemberian arwah bapa saya,” tulisnya.

@bubblywashere

Assalamualaikum, Mohon ya yang mencuri pulangkan kembali helmet saya tu, mungkin dah calar balar tapi ada value saya beli dgn arwah bapak saya Saya bagi adik saya yang baru habis SPM guna pergi kerja motor & helmet saya tu Senang ya buat kerja terus rembat? Tolong pulangkan balik, tak malu ke curi helmet anak yatim #Helmet #Mencuri #SungaiBuloh #desacoalfields #Caltex

♬ APT. – ROSÉ & Bruno Mars

Tampil Beri Penjelasan Lepas Dipersoal Tinggalkan Helmet Di Motosikal

Melalui video berasingan, wanita itu tampil memberikan penjelasan selepas tindakannya yang meninggalkan helmet pada motosikal dipersoal netizen.

Jelas wanita itu, motosikal dan topi keledar berkenaan adalah miliknya namun dia meminjamkan kenderaan tersebut kepada adiknya yang baru mula bekerja memandangkan dia tiada keperluan untuk menggunakan motosikal tersebut.

Sedih dengan apa yang berlaku, dia menjelaskan tujuannya berkongsi hanyalah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kembali topi keledar pemberian arwah bapanya itu.

“Masa adik saya cerita kena curi dan tunjuk CCTV, saya sendiri rasa sedih, marah dan tak tahu nak cakap apa sebab benda memang dah jadi.

“Saya share ini salah satu usaha untuk saya dapatkan balik helmet tu sebab ada sentimental value untuk saya.

“Saya harap yang mencuri tu dibuka la pintu hati pulangkan kembali helmet itu,” tulisnya.

Foto: TikTok @bubblywashere

Difahamkan, topi keledar pemberian arwah bapanya itu telahpun berusia enam tahun dan merupakan jenis Gracshaw berwarna hitam metalik dengan visor rainbow serta bersaiz 2XL.

Sehingga kini, dia masih belum mendapat maklumat atau info mengenai topi keledarnya itu.

Foto: TikTok @bubblywashere

Ramai Simpati & Ada Yang Cadangkan Cara Untuk Cari pencuri

Video yang telah mendapat lebih 701,000 tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita berkenaan. Malah, ada yang turut memberikan cadangan dan pendapat masing-masing sebagai solusi bagi mendapatkan topi keledar berkenaan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Kau Sama Macam Aku, Last pemberian Arwah bapa Bukan Helmet, Parang Je Pun, Tapi Memang Susah Nak Bagi Orang Pakai”

“Cuba Dapatkan CCTV Dari Dalam Kedai Pula, Boleh Nampak Muka Tak”

“Baca Yasin 7 Mubin, Minta Curi Tu Pulangkan Balik, Insya-Allah Dapat Balik”

“Kawasan Tu Dekat Mana? Kalau Ada Akaun Facebook, Sila Cari Group Kawasan, Post Video Dekat Situ”

“Semoga Orang tu Pulangkan Semula Helmet, Saya Faham Sangat Bukan Sebab Helmet Tu, Tapi Kenangan Helmet Tu Yang Mahal”

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.