fbpx
Now Reading
Ramai Geram Lihat Perodua Myvi Tetap Mahu Menyelit Sebelah Treler Ketika Lalu Selekoh [Video]

Ramai Geram Lihat Perodua Myvi Tetap Mahu Menyelit Sebelah Treler Ketika Lalu Selekoh [Video]

Peka dengan apa yang berlaku, pemandu lori itu dilihat terus memberhentikan kenderaannya dan memberi laluan kepada Perodua Myvi tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pengguna jalan raya seringkali diingatkan agar sentiasa peka dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini contohnya seperti kemalangan.

Walaupun telah banyak kali diingatkan namun masih ada segelintir orang yang bersikap pentingkan diri dan tidak peka ketika berada di jalan raya.

Perodua Myvi Tetap Mahu Menyelit Walaupun Dah Nampak Treler

Terbaharu, tular di media sosial video menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi cuba melalui laluan selekoh yang pada ketika itu dilalui oleh sebuah lori treler.

Menerusi rakaman video kamera yang dikongsikan di TikTok @mrdriver5061, dapat dilihat Perodua Myvi berkenaan nyaris dilanggar oleh lori tersebut gara-gara perbuatannya itu.

Pada permulaan video tersebut, lori yang membawa muatan kereta sedang mengambil jarak bagi melalui laluan selekoh itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan selfish pemandu Perodua Myvi berkenaan yang dilihat tetap mahu menyelit walaupun kenderaan berat di hadapannya itu sedang melalui laluan selekoh tersebut.

Pemandu Lori Peka, Bagi Laluan Kepada Perodua Myvi

Peka dengan apa yang berlaku, pemandu lori itu dilihat terus memberhentikan kenderaannya dan memberi laluan kepada kereta berkenaan.

Sedar dengan tindakan pemandu lori, kelihatan Perodua Myvi itu kemudiannya terus memecut laju dan berlalu pergi meninggalkan lori treler.

Melalui perkongsian itu juga, dapat dilihat laluan yang digunakan oleh pemandu lori terbabit sememangnya agak sempit dan memerlukan kenderaan besar seperti treler itu mengambil ruang untuk melepasinya.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam1.20 petang semalam (4 Disember) di kawasan industri berhampiran Jalan Kusta, Sungai Buloh.

Pengguna Media Sosial Beri Pendapat Masing-Masing

Video yang telah mendapat lebih 840,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai kejadian berkenaan. Namun majoritinya memuji sikap pemandu lori terbabit yang bertolak ansur dan peka dengan keadaan sekeliling.

Malah, ramai juga yang meluahkan rasa geram dengan pemandu Perodua Myvi berkenaan yang dilihat tidak sabar dan terburu-buru menyelit masuk ke laluan tersebut tanpa memikirkan kenderaan berat di hadapannya.

Namun, ada juga pengguna yang menyalahkan pemandu lori berkenaan kerana masuk ke laluan kereta tersebut.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Ini Baru La Pemandu Lori Yang Alert Di Sekelilingnya, Semoga Selalu Dimurahkan Rezeki”

“Lorilah Kena Hati-Hati Kerana Bila Membelok Makan Jalan Orang, Kena ALert Sekitar”

“Kenapa Abang Lori Brek?”

“Memang Kereta Dalam Lorong Dia Dah, Lori Yang Makan Lorong”

“Nasib Jumpa Pemandu Yang Peka, Terbaik Buat Pemandu Lori”

Baca Artikel Berkaitan: Mencelah Ke Semua Lorong Dengan Laju, Myvi King Punca Toyota Vios Kemalangan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Myvi Undur Sendiri & Langgar Kereta Lain Ketika Pemandu Berhenti Tepi Jalan Raih Pelbagai Reaksi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.