fbpx
Now Reading
Respon Peniaga Kedai Makan Lepas Pelanggan Mengadu Jumpa Ulat Dalam Sayur Bikin Ramai Geram [Video]

Respon Peniaga Kedai Makan Lepas Pelanggan Mengadu Jumpa Ulat Dalam Sayur Bikin Ramai Geram [Video]

Dalam video tersebut, kedengaran perakam bertanya kepada peniaga adakah menjumpai ulat dalam makanan itu dianggap perkara biasa buatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap peniaga termasuk pengendali makanan perlu menghadiri kursus pengendalian makanan agar mereka dapat mengamalkan prosedur penyediaan yang betul.

Bukan hanya itu, di dalam kursus tersebut juga peniaga dan pengendali akan diajar cara untuk menjaga kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan.

Selain itu, mereka juga wajib untuk mengambil suntikan Thypoid bagi mengelakkan sebarang jangkita kepada pelanggan sewaktu mengendalikan makanan.

Meskipun perkara ini berulang kali diingatkan kepada peniaga namun masih ada yang memandang entEng terhadap kebersihan dan kualiti makanan disediakan.

Pelanggan jumpa ulat dalam sayur

Baru-baru ini, tular di X satu video memaparkan seorang pelanggan yang menemui bendasing dalam makanan dipesannya ketika berkunjung di sebuah restoran dipercayai di Pasir Gudang, Johor.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @mhmmdhsm, kelihatan perakam menunjukkan ulat berwarna putih yang sedang bergerak dalam satu pinggan yang dipercayai merupakan lauk sayur kailan.

Malah turut kedengaran individu yang berada di meja sama mengatakan mereka hampir selesai menikmati makanan sewaktu menemui haiwan tersebut. Perakam turut memaklumkan dia ke kedai itu bersama majikannya dan rakan yang lain.

Peniaga anggap jumpa ulat adalah perkara biasa dalam sayur

Susulan daripada insiden itu, peniaga berkenaan mengatakan ia adalah ‘biasa’ untuk menjumpai ulat dalam sayur kailan itu.

“Kailan tu bukan abang sorang bang. Kita (peniaga) sendiri pun kena. Masalahnya, kita makan sayur kailan tu memang akan ada jumpa (ulat).

“Kadang basuh bersih, kadang basuh tak bersih ha. Dia tak selalu kena bang,” ujar peniaga lelaki yang berada di kaunter bayaran itu.

Peniaga akui silap kerana tak sedar ada ulat pada sayur

Peniaga itu bagaimanapun mengakui ia adalah kesilapan darinya kerana tidak menyedari kewujudan ulat dalam sayur terbabit.

Perakam kemudian mengatakan peniaga tidak boleh mengatakan insiden itu sebagai biasa kerana ia secara jelas boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada pelanggan.

“Memang betul salah kita,” katanya kepada perakam tersebut. Turut kedengaran pelanggan seperti kurang berpuas hati dengan kenyataan diberikan oleh peniaga itu.

Malah perkara itu membuatkan keadaan sedikit tegang di antara pelanggan dan peniaga.

“Abang tak boleh cakap biasa bang benda tu,” ujar perakam kepada lelaki berkenaan.

Ramai geram dan mahu KKM ambil tindakan

Melihat di ruang balas, ramai yang kurang berpuas hati dengan jawapan diberikan oleh peniaga berkenaan dan berpendapat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengambil tindakan lanjut terhadap restoran itu.

Malah ada yang menyifatkan ulat yang berada di dalam pinggan itu merupakan ulat sampah atau dikenali sebagai maggot.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat ulat sayur kebiasaannya mempunyai warna hijau dan dilihat seperti ulat bulu.

Selain itu, tidak ketinggalan ada yang berkongsi pengalaman buruk mereka menjumpai bendasing ketika makan di restoran lain.

“Itu bukan ulat sayur, tu ulat maggot (sampah).”

“Bapak aku mata tak nampak. Dia makan roti canai kuah dal adda lipas. Dah bagitahu pemilik kedai…”

“Kalau dah tau sayur kailan tu ada ulat walaupun dah dimasak, boleh je jangan menu tu. Buat menu sayur lain.”

“Kalau jumpa ulat (bukan ulat sayur) tangkap gambar pastu report dekat SISPA KKM nanti dorang pergi kedai itu.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.