fbpx

“Gus Miftah Tengok Ni!” – Ramai Puji Cara Ustaz Abdul Somad Layani Penjual Air Ketika Majlis Ceramah [Video]

Layanan istimewa yang diberikan Ustaz Abdul Somad terhadap penjual air itu membuatkan ramai membandingkan beliau dengan Gus Miftah yang sebelum ini dikecam kerana berbuat perkara yang sebaliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai seorang pendakwah selebriti Indonesia, Gus Miftah yang menghina seorang peniaga air teh dikenali sebagai Pak Sunhaji di hadapan orang ramai dalam sebuah majlis.

Tindakan Gus Miftah telah mencetuskan kemarahan ramai warga Indonesia termasuk rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan gurauan terbabit.

Pendakwah asal Yogyakarta itu akhirnya telah tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kekhilafan dirinya.

Baca Artikel Berkaitan: “Ya Jual Di Sana G*blok” – Pendakwah Indonesia Didakwa Hina Peniaga Air Teh Di Depan Orang Ramai [Video]

Tular video saat Ustaz Abdul Somad layani penjual air di tabligh akbar

Terbaharu, seorang pengguna media sosial berkongsi pula rakaman yang memaparkan saat pendakwah dan ulama terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad melayani seorang penjual air jalanan wanita dalam satu majlis ceramahnya di negara itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @icunabra, video tersebut merupakan video lama saat Abdul Somad menyampaikan ceramahnya di majlis tabligh akbar di Kabupaten Merangin, Jambi, Pulau Sumatera.

Dalam video itu, Ustaz Abdul Somad berkata tidak menjadi masalah sekiranya peniaga terbabit ingin menjual air dalam majlis berkenaan.

“Boleh tak berniaga ketika tabligh akbar, boleh, kalau tak boleh mana mungkin kakak itu jual air, betul tak kak? Teruskan jual kak, tambah lagi,” katanya sambil tersenyum.

Siap belanja air kepada salah seorang tetamu dan beri wang bernilai kepada peniaga air

Abdul Somad turut meminta agar wanita itu memberikan air jualannya kepada sesiapa yang diinginkan dan beliau akan memberikannya wang.

“Berapa harga airnya kak? 5000 (rupiah)? Kakak pilih siapa yang kakak nak bagi air itu, saya bayar dari sini,” katanya.

Pendakwah yang turut terkenal di Malaysia itu kemudiannya memanggil wanita terbabit untuk naik di atas pentas sebelum memberikannya sekeping wang kertas ‘limited edition’ bernilai 75,000 rupiah yang dicipta khusus sempena Kemerdekaan Indonesia ke-75 pada tahun 2020 lalu.

Dalam video sama, jelas kelihatan raut wajah gembira peniaga wanita itu setelah menerima layanan yang sangat baik daripada Abdul Somad.

@icunabra

Ketika Ada Yang Jualan Es disaat UAS Tabligh Akbar #UAS #ustadzabdulsomad

♬ original sound – icunabra – icunabra

Ramai puji layanan yang diberikan Abdul Somad, tak sama seperti Gus Miftah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji cara layanan yang diberikan oleh Abdul Somad terhadap peniaga air itu yang jelas begitu berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Gus Miftah.

Tidak hanya itu, ada juga yang meminta agar Gus Miftah menonton video terbabit untuk dijadikan teladan buat dirinya dalam melayani peniaga air.

Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa peniaga air teh yang tular sebelum ini telah diberikan rezeki berlipat ganda asbab daripada gurauan kasar Gus Miftah.

Hal ini kerana setelah kejadian itu, ramai pihak yang telah tampil bertemu dengan Pak Sunhaji dan memberikan sumbangan seperti duit, motosikal elektrik dan sebagainya.

@williesalim

100 JUTA UNTUK BAPAK PEDAGANG ES TEH 🙏

♬ original sound – WILLIE SALIM – WILLIE SALIM

Berikut komen yang diberikan netizen:

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.