Ramai Terharu Pekerja Bakery Rai Birthday Pelanggan, Siap Bagi Kek Percuma [Video]
Menerusi video tersebut, awalnya Aunty itu datang untuk membi kek bagi meraikan hari jadinya, namun pekerja di situ mempunyai kejutan lain buat pelanggan bertuah terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh seseorang akan sentiasa memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada individu lain.
Malah mereka yang melakukan kebaikan juga dianggap sebagai ‘hero’ kerana tidak semua wira memakai mantel apatah lagi jika kebaikan itu dilakukan kepada seseorang yang tidak dikenali.
Pasti ia akan dikenang serta dihargai oleh seseorang sehingga ke akhir hayat.
Tindakan pekerja kedai kek rai hari jadi Aunty sentuh hati orang ramai
Baru-baru ini, sekumpulan pekerja di sebuah kedai kek Sundaydo telah menyentuh hati orang ramai dengan tindakan mereka membuat kejutan kepada seorang Aunty dengan sepotong kek hari jadi.
Menerusi video yang tular di TikTok, pada 2 Disember lalu seorang Aunty yang merupakan pelanggan telah hadir ke Sundaydo untuk membeli kek.
Salah seorang pekerja iaitu Eryn bertanya buat siapa kek yang ingin dibeli Aunty itu menjawab untuknya, kerana ingin meraikan hari jadi sendiri.
Sebaik memberikan sepotong kek itu, Aunty itu lalu memberikan wang untuk membayarnya. Namun Eryn enggan menerima wang tersebut.
Tak sampai hati lihat Aunty rai hari jadi sorang-sorang, pekerja buat kejutan
“Selepas beberapa minit, kita perasan Aunty sambut sorang-sorang tiup lilin. Lepas tu, Aunty tu cakap nak pergi kedai depan kejap.
“Masa tu kita semua berhenti buat kerja dan siapkan kek untuk beri kejutan dekat Aunty. Semua teruja nak beri kejuta. Tunggu Aunty datang balik (ke kedai kek).
“Aunty tu pun datang balik nak bagi biskut untuk Eryn sebagai gantian (kerana tak terima bayarannya),” kata Sundaydo.
Tidak lama kemudian kelihatan mereka seperti menyanyikan lagu hari jadi beramai-ramai untuk Aunty tersebut. Namun dalam keterujaan itu, para pekerja di kedai kek ini juga tidak dapat menahan sebak sehingga ada yang menitiskan air mata.
Aunty itu lalu tersenyum gembira melihat gelagat para pekerja di kedai kek berkenaan dan mengambil sepotong kek yang diberikan bersama sebatang lilin.
“Melihat senyumannya, merasakan kebahagiann dengan kek dan sentuhan kami.”
Apa yang lebih menarik perhatian, kelihatan aunty itu mengusap air matanya dengan tisu selepas pekerja di kedai kek menyambut hari jadinya.
Melihat di ruangan komen, kelihatan ramai pengguna media sosial yang terharu dengan video tersebut.
Malah ada yang mengatakan mereka akan sentisa memberikan sokongan dengan membeli pencuci mulut di Sundaydo jika terlihat mereka.