“Respect Bang” – Ramai Puji Penunggang Motosikal Alihkan Kura-Kura Melintas Tepi Jalan [Video]
Pada ketika itu dapat dilihat beberapa pengguna jalan raya yang lain memperlahankan kenderaan mereka apabila melihat kura-kura berkenaan sedang melintas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap orang dinasihatkan agar sentiasa berbuat baik dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Ia penting bagi mewujud dan mengekalkan keharmonian sesama individu. Namun, sikap murni ini tidaklah terhad kepada manusia semata-mata.
Sebagai seorang insan, kita disarankan untuk tetap berbuat baik serta memberikan layanan elok kepada makhluk ciptaan Allah SWT yang lain seperti binatang.
Penunggang Motosikal Sanggup Berhenti, Alihkan Kura-Kura Yang Sedang Melintas
Itulah yang dilakukan oleh seorang penunggang motosikal apabila dia mengalihkan seekor kura-kura yang sedang melintas di jalan besar yang dipercayai di Pulau Pinang.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @prorjani, pemilik video secara kebetulan merakam aksi kura-kura itu yang sedang melintas di sebuah persimpangan lampu isyarat.
Pada ketika itu dapat dilihat beberapa pengguna jalan raya yang lain memperlahankan kenderaan mereka apabila melihat haiwan berkenaan. Malah, ada juga yang cuba mengelak dari terlanggar haiwan tersebut.
Namun, seorang penunggang motosikal berbaju hitam kuning yang turut melalui laluan tersebut dan melihat haiwan itu secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakannya yang sanggup memberhentikan motosikal semata-mata mahu menyelamatkan kura-kura tersebut.
Malah, dia dilihat mengambil haiwan berkenaan dan membawanya pergi ke motosikal yang diparkir di tepi jalan.
Namun pada akhir video itu, tidak dapat dipastikan di mana lokasi akhir dia meletakkan haiwan tersebut.
Ramai Puji Penunggang Motosikal Alihkan Haiwan
Video yang telah mendapat lebih 375,000 tontonan dan dikongsikan di platform media sosial yang lain nyata mendapat perhatian.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna media sosial memuji tindakan pemuda itu yang sanggup berhenti dan mengalihkan kura-kura tersebut.
Tidak kurang juga ada yang turut menitipkan doa dan kebahagiaan buat dirinya atas kebaikan yang dilakukan terhadap mahkluk Allah itu.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Mana Tahu Asbab Tolong Haiwan Macam Tu, Adik Tu Akan Selalu Dilindungi, Naik Motor Sentiasa Selamat Je”
“Respect Abang Tu”
“Terima Kasih Bro”
“Semoga Panjang Umur & Murah Rezeki Asbab Tolong Kura-Kura”
“Orang Cakap Kalau Bantu Kura-Kura Melintas, Akan Datang Rezeki Tak Disangka”
“Terima Kasih Orang Baik, Tahniah Untuk Mak Ayah Beliau”
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Kereta Masuk Parit, Rupanya Terbabas Elak Monyet Melintas
Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Di Perak Maut, Motosikal Dinaiki Terbabas Selepas Elak Haiwan Liar Melintas