fbpx
Now Reading
Tak Cukup Duit Sara Anak, Tindakan Polis Hulur Wang Kepada Penunggang Motosikal Raih Pujian [Video]

Tak Cukup Duit Sara Anak, Tindakan Polis Hulur Wang Kepada Penunggang Motosikal Raih Pujian [Video]

Menerusi video tular, kelihatan anggota polis itu telah menghulurkan sedekah kepada si bapa yang mahu menjual jam tangannya demi membelikan anak-anak barang keperluan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui bukanlah semua di kalangan masyarakat yang hidup senang. Ini boleh dikaitkan dengan peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kadangkala, golongan ini sudah melakukan pelbagai cara untuk lari daripada kesempitan hidup. Namun, masih belum berjaya lagi dan terpaksa berusaha dengan lebih keras.

Walaupun setiap manusia perlu bersyukur dengan rezeki sedia ada, namun kesusahan yang dialami mampu memberi tekanan kepada seseorang lebih-lebih lagi jika mereka tidak dapat menyara ahli keluarga.


Lelaki Minta Bantuan Polis Untuk Beli Jam Tangan Miliknya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@bigredmachine3196) menyaksikan anggota polis dikenali sebagai Fandy Fiera berkongsi kisah mengenai seorang lelaki yang dalam kesusahan dan buntu mencari pekerjaan.

Menurut Fandy, dia dan rakan sekerja yang menaiki Unit Kereta Peronda (MPV) polis telah ‘ditahan’ oleh seorang penunggang motosikal di jalan raya sewaktu melakukan Tugas Rondaan Cegah Jenayah.

Pada awalnya, mereka beranggapan bahawa lelaki tersebut tersesat dan nak bertanya tentang arah jalan. Namun lain pula yang terjadi apabila lelaki yang juga seorang bapa itu mahu menjual jam tangan miliknya.

Sumber: TikTok (@bigredmachine3196)

“Abang sorry ganggu. Boleh tak abang tolong beli jam saya? Saya betul-betul perlu duit. Ini jam original. Dulu saya beli RM500. Saya jual dengan abang RM100. Tolong abang,” kata penunggang motosikal tersebut.

Menyedari keadaan kaki lelaki yang bengkak di sebelah kiri, Fandy meminta pakcik tersebut untuk berhenti di tempat yang lebih selamat dan tertutup.


Buntu Cari Kerja Untuk Sara Anak

Setibanya berhenti di destinasi, Fandy berkata dia mahu menghulurkan sedikit sumbangan tanpa mengambil jam tangan berkenaan.

“Bang, simpanlah jam ni. Saya tak nak macam tu bang. Saya tak boleh terima,” ujar penunggang motosikal yang serba salah dengan tindakan murni anggota polis itu.

Fandy kemudiannya berkeras untuk tetap memberikan sejumlah wang miliknya kepada si bapa itu.

Jelas lelaki terbabit, dia telah berusaha sedaya upaya untuk mencari pekerjaan di sekitar Puchong. Bagaimanapun, penat lelahnya tidak membawa hasil. Tambahnya lagi, dia memerlukan wang untuk membeli barangan buat dua orang anak yang berada di rumah.

Di akhir perkongsian, si bapa juga tidak terlepas untuk menitipkan terima kasih buat pegawai polis yang sudi membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

@bigredmachine3196 Terus berjuang ketua keluarga, Semoga Allah sentiasa melindungimu.. #pdrm #mpvpdrm #fypシ ♬ original sound – FandyFiera

Ramai Sebak Lihat Si Bapa Yang Buntu Cari Wang Untuk Sara Keluarga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat situasi dan pengorbanan si ayah yang mencari duit untuk keluarga di rumah.

“Aku sedih bila bayangkan lelaki tu ayah atau suami aku. Tak tahu hala tuju dan mencari rezeki untuk anak bini dekat rumah. Begitu besar pengorbanan seorang lelaki,” kata seorang individu.

Malah ada segelintir individu juga berkongsi kesusahan mereka untuk menjalani kehidupan dengan keadaan yang sempit.

“Macam saya, suami diberhentikan kerja. Memang tengah tak ada duit langsung tapi kena beli beras. Tebalkan muka pergi pejabat zakat minta bantuan. Buang semua rasa malu demi anak-anak,” ujar seorang wanita.


Ramai Puji Tindakan Murni Polis Hulur Bantuan

Sementara itu, orang ramai juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis kerana sudi membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan.

“Dia betul-betul dalam kesempitan. Kesian dia. Terima kasih, semoga murah rezeki kepada anggota polis yang terlibat,” kata seorang pengguna TikTok.

“Kau dah angkat darjat PDRM dan darjat diri kau. Semoga kau dimurahkan rezeki,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@bigredmachine3196)

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Polis Wanita Jaga Anak Banduan Raih Pujian Orang Ramai


Allah Lipat Gandakan Pahala Buat Mereka Yang Bersedekah

Semoga perkongsian menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak berkira untuk memberikan bantuan dan menghulurkan kebaikan kepada semua manusia yang memerlukan di luar sana.

Mana tahu, satu hari nanti Allah SWT bakal membalas dengan ganjaran pahala yang berlipat-lipat kali ganda.

Hadis daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا”

Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”

(Riwayat Muslim)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bravo PDRM” – Aksi 3 Anggota Polis Selamatkan Mangsa Terperangkap Dalam Kebakaran Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Salute PDRM” – Polis Escort Kereta Pesakit Sesak Nafas Ke Hospital Raih Pujian Netizen

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.