fbpx
Now Reading
“Bukan 1 Kawasan Ni Orang Mental” – Wanita Betulkan Persepsi Orang Ramai Tentang Tanjung Rambutan [Video]

“Bukan 1 Kawasan Ni Orang Mental” – Wanita Betulkan Persepsi Orang Ramai Tentang Tanjung Rambutan [Video]

Wanita berkenaan tampil memberi penjelasan selepas ada pengikutnya meluahkan rasa ‘takut’ ketika mengetahui gerai jualannya terletak di Tanjung Rambutan, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda perasan, kebanyakan tempat di Malaysia masing-masing mempunyai identitinya yang tersendiri.

Contohnya seperti Melaka yang terkenal dengan kisah sejarahnya, Pulau Langkawi, Kedah pula dikenali dengan kisah Mahsuri manakala Kelantan pula sering dikaitkan dengan nama Cik Siti Wan Kembang.

Samalah juga seperti Tampoi, Johor dan Tanjung Rambutan, Perak. Kebanyakan individu sering mengaitkan dua lokasi ini dengan orang kurang siuman.

Entah mengapa, ada juga segelintir yang meluahkan rasa takut untuk datang ke lokasi itu dek kerana persepsi orang ramai yang mengaitkannya dengan kurang siuman.

Wanita Ubah Tanggapan Orang Ramai Tentang Tanjung Rambutan

Itulah yang dihadapi oleh seorang peniaga kuih apabila ada pengikutnya yang meluahkan rasa ‘takut’ selepas mengetahui gerai jualannya terletak di Tanjung Rambutan, Perak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh peniaga tersebut di TikTok @dapuramnihanania, wanita berkenaan tampil memberi penjelasan bagi mengubah tanggapan individu terbabit.

“Dengar Tanjung Rambutan je takut. Tak, Tanjung Rambutan bukan satu kawasan ni orang gila.

“Tak, tak. Dia ada satu tempat dia, Hospital Bahagia, situ saja orang mental. Hospital Bahagia situ saja ada orang mental, sini tak mental, aku tak mental,” jelasnya.

Beri Penjelasan Hospital Bahagia Bukan Hanya Untuk Orang Gila

Menerusi video berasingan, wanita berkenaan menjelaskan tujuannya membuat penjelasan tersebut bagi mengubah tanggapan orang ramai tentang Tanjung Rambutan.

“Itulah nak clarify (jelaskan), ada orang kalau sebut Tanjung Rambutan dia dok kata sini tempat orang gila. Tak,” jelasnya.

Malah, dia turut menjelaskan bahawa Hospital Bahagia itu bukanlah sekadar lokasi untuk orang kurang siuman semata-mata.

Sebaliknya, hospital tersebut berperanan sebagai pusat rawatan buat mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental seperti anxiety atau kemurungan (depression).

Wanita itu juga turut berkongsi pengalaman sendiri ketika menghantar pesanan ke lokasi berkenaan. Jelasnya, ia bukanlah seperti apa yang disangka kerana suasananya amat tenang.

“Kalau hangpa (korang) masuk ronda dekat Hospital Bahagia tu, seronok tahu tak, tempat dia aman, tenang,” jelasnya lagi.

@dapuramnihanania

Replying to @🇲🇾 S H 🇵🇸 dh boleh lantik kak jd duta Tanjung Rambutan dh ni.. 🤣 #fyp #artiskuih #peniagajalanan #hbuk #tanjungrambutan

♬ original sound – 𝒟𝒾𝓁𝒶𝒽 ♡ – dilaa.asri

Penjelasan Wanita Curi Perhatian Ramai

Video yang telah mendapat lebih 196,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata daripada mereka khususnya yang berasal dari Tanjung Rambutan turut berkongsi pengalaman sama sering dianggap ‘kurang siuman’ oleh orang luar hanya kerana tinggal di kawasan terbabit.

Tidak kurang juga ada yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada wanita itu atas penjelasannya bagi mengubah persepsi orang ramai tentang Tanjung Rambutan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Dengan Penerangan Ini Maka Terjawablah Persoalan Tentang Tempat Ini”

“Bangun Warga Tanjung Rambutan, Kita Diperkotak Katikkan”

“Dari Kecil Dah Didoktrinkan, Asal Gila Je Orang Sebut Tanjung Rambutan. Sabar La Kak”

“Memang Itu Tanggapan Mereka Yang Tak Mengenali Tanjung Rambutan. Mai Dulu Tengok Melawat, Lepas Tu Baru Cerita”

“Emak Saya Lahir Dekat Tanjung Rambutan Lepas Tu Semua Orang Cakap Lahir Dalam Hospital Tu Ke?”

Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Perintah Lelaki Ganggu Acacia Diana Selama 8 Tahun Jalani Pemeriksaan Di Hospital Bahagia

Baca Artikel Berkaitan: Tak Mengaku Pukul Isteri, Mahkamah Perintah Hafidz Roshid Dihantar Ke Hospital Bahagia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.