fbpx
Now Reading
Influencer Itali Terkejut Lihat Apam Balik Pizza, Terus ‘Surrender’ Dengan Kreativiti Peniaga Malaysia [Video]

Influencer Itali Terkejut Lihat Apam Balik Pizza, Terus ‘Surrender’ Dengan Kreativiti Peniaga Malaysia [Video]

Dalam video tersebut, mereka seakan mempersoal setiap bahan untuk membuat pizza yang diletakan pada apam balik itu seperti cheese, sos pizza dan peperoni.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan kepelbagai jenis makanan sehingga mampu menarik minat pelancong asing untuk datang ke sini.

Selain itu, rakyat di negara ini juga tidak kurang kreatifnya dalam mengolah sesuatu makanan tempatan atau dari luar negara agar kelihatan lain daripada yang lain.

Seperti sebelum ini, tular mengenai makanan terkenal di Mexico, Nachos berinti beberapa jenis sos, cheese dan daging cincang yang telah ditambah dengan nasi lemak ayam goreng berempah serta char kuetiau.

Baca Artikel Berkaitan: “Apa Benda Ni?” – Menu Campuran Nasi Lemak & Char Kuetiau Nachos Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Tular Apam Balik Pizza, penyanyi Itali pun terkejut

Terbaharu, tular pula mengenai sebuah gerai apam balik di Shah Alam, Selangor yang mengolah makanan itu menjadi piza.

Keunikan olahan makanan itu bukan hanya menarik perhatian rakyat di negara ini, bahkan mendapat perhatian dua orang penyanyi yang juga influencer terkenal warga Itali.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @lionfieldmusic, mereka yang dikenali sebagai Emiliano dan Matteo yang terkenal dengan lagu ‘cover’ Bella Ciao itu seakan terkejut melihat makanan tersebut.

Terus ‘surrender’ dengan kreativiti pizza jadi apam balik

Dalam video tersebut, mereka seakan mempersoal setiap bahan untuk membuat pizza yang diletakan pada apam balik itu seperti cheese, sos pizza dan peperoni.

Malah, mereka juga seolah-olah ‘menyerah kalah’ dengan tahap kreativiti rakyat Malaysia dalam mengubahsuai makanan yang berasal dari Itali itu.

“Apam balik pizza? kenapa letak perkataan piza pada nama makanan itu?” kata mereka.

Sekadar info, akaun Emiliano dan Matteo sememangnya sering memberi respon terhadap video-video masakan makanan Itali seperti pizza, spaghetti, lasagna dan banyak lagi dengan cara yang menghiburkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.