fbpx
Now Reading
“Korang Rasa Logik Ke?” – Tindakan Wanita Persoal Beli 4 Jenis Lauk Berharga RM91 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

“Korang Rasa Logik Ke?” – Tindakan Wanita Persoal Beli 4 Jenis Lauk Berharga RM91 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat wanita berkenaan menunjukkan bungkusan plastik yang dipenuhi lauk seperti siput sedut masak lemak, rendang ayam dan daging dendeng.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, kebanyakan individu memilih untuk menjalani aktiviti seharian dengan cara lebih mudah terutamanya selepas sibuk bekerja.

Contohnya seperti memasak, ada orang yang sudah siap sediakan stok lauk untuk seminggu bagi memudahkan urusan namun ada juga yang memilih cara lebih mudah dengan membeli sahaja lauk di kedai tanpa perlu ‘bertarung’ di dapur.

Walau bagaimanapun, langkah sebegitu sudah pastinya memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit lebih-lebih lagi jika lauk dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Pun begitu, ada segelintir individu yang tidak dapat menerima dan mempersoal harga yang dikenakan oleh peniaga ketika membuat pembelian hidangan tersebut.

Wanita Persoal Beli 4 Jenis Lauk Bernilai RM91

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita apabila dia mempersoal harga empat jenis lauk yang dibeli dari sebuah restoran di Semenyih, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik semula di Facebook dan X, wanita berkenaan mempersoal harga keseluruhan bagi empat jenis lauk yang dibeli olehnya bernilai RM91 semalam (8 Disember).

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat dia menunjukkan plastik yang dipenuhi lauk antaranya seperti siput sedut masak lemak, rendang ayam dan daging dendeng.

“Korang rasa logik tak? Ayam goreng tiga ketul, sayur ni sikit, daging maybe sekilo la daging dendeng, siput sedut tiga senduk, ni rendang ayam, dua ketul.

“Total RM91, kau rasa, logik ke tak logik?” soalnya.

Netizen Beri Pendapat Masing-Masing, Majoriti Rasa Berbaloi

Video yang telah mendapat lebih puluhan ribu tontonan dan turut dikongsikan di Facebook itu nyata mendapat perhatian ramai.

Rata-rata pengguna media sosial mempunyai pendapat sendiri mengenai tindakan wanita yang mempersoalkan nilai tersebut.

Majoritinya menganggap harga RM91 bagi empat jenis lauk yang dibeli oleh wanita itu adalah sememangnya logik dan kena dengan kuantiti.

Ini kerana mereka berpendapat harga bahan mentah bagi lauk tersebut lebih-lebih lagi sekilo daging dan siput sedut sememangnya agak mahal.

Namun, ada juga yang menganggap harga belian itu terlalu mahal dan tidak kena dengan kuantiti yang dibeli oleh individu terbabit.

Pun begitu, ada yang berpendapat wanita berkenaan seharusnya bertanyakan kepada peniaga terlebih dahulu sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian sebegini.

Hasil semakan kami mendapati harga siput sedut masak lemak yang dijual di pasaran adalah bermula RM10.00 ke atas bergantung kepada kuantiti yang diambil manakala, bagi sekilo daging dendeng pula berharga RM40 ke atas.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Logik. Daging Masak Sekilo RM60, Lauk-Lauk Lain, Okay la Tu, Kalau Rasa Tak Logik, Tanya Orang Kedai”

“Gila Mahal, RM50-RM60 Tu Mungkin Logik La Kot, Lauk Mana Yang Mahal Sangat Tu”

“Saya Sebelum Beli Atau Cedok, Mesti Tanya Dulu Berapa Harga Atau Saya Minta Tuan Kedai Tu Cedokkan”

“Tak Logik, Mengarut. Dia Beli Dekat Shang Ri La Ke?”

“Logik Je Kalau Kedai Melayu, Kalau Kedai Mamak, Lebih Dari Harga Itu Pun Aku Tak Heran, Sebab Memang Itulah Perkiraannya”

“Sebab Tu Saya Tak Nak Beli Lauk Je, Baik Saya Beli Nasi Campur, Bagi Saya Memang Lagi Mahal Kalau Beli Lauk Je”

Baca Artikel Berkaitan: “Makanan Tak Sedap”- Wanita Dakwa Kedai Makan Di PD Caj Mahal Tapi Rasa Tak Setimpal Dengan Harga

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Beli Nasi Lemak Berharga RM410 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.