Lelaki Dedah Sebelah Terowong Menora Ada Air Terjun Cantik Tarik Perhatian Ramai [Video]
Selain berkongsi jalan menuju ke air terjun tersebut, lelaki terbabit juga mengingati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak membuang sampah merata-rata sekiranya datang ke sana.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Lebuhraya Utara Selatan (Plus) merupakan lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan jarak 847.7 Kilometer (Km) yang menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Johor Bahru.
Pasti kebanyakan rakyat Malaysia pernah melalui lebuh raya ini sama ada untuk balik ke kampung halaman atau pergi bercuti ke bahagian utara atau selatan Tanah Air.
Sepanjang perjalanan, pemandu dan penumpang mahupun penunggang motosikal akan disajikan dengan pemandangan hutan-hutan yang ada, namun tidak ramai yang tahu bahawa di sebalik lebuh raya itu terdapat ‘permata’ tersembunyi di Perak.
Lelaki dedah rupanya ada air terjun cantik sebelah terowong Menora
Baru-baru ini, seorang lelaki mendedahkan bahawa terdapat air terjun yang cantik bersebelahan Lebuhraya Plus berdekatan dengan Terowong Menora.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @inorthson, terdapat jalan kecil yang hanya boleh dilalui oleh motosikal daripada lebuh raya berkenaan untuk pergi ke tempat air terjun itu.
Jalan kecil dengan laluan yang sempit itu ada di KM254 Lebuhraya Plus dari arah Selatan ke Utara sebaik melepasi Terowong Menora.
Susuri jalan kecil dengan motosikal menuju ke kawasan air terjun
Dalam video sama, kelihatan lelaki yang menunggang motosikal bersama rakan-rakannya itu menyusuri jalan kecil untuk menuju ke kawasan air terjun itu.
Air terjun berkenaan kelihatan sungguh cantik, namun sepi berkemungkinan kerana tidak ramai lagi yang mengetahui kewujudan kawasan itu.
Selain mendedahkan jalan menuju air terjun tersebut, lelaki terbabit juga mengingati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak membuang sampah merata-rata sekiranya datang ke sana.
Difahamkan, air terjun berkenaan terletak di Kampung Rambai Tujuh, Sayong, Kuala Kangsar.
Video berdurasi 1.23 minit kemudianya meraih lebih 1.3 juta tontonan dan kira-kira 90,000 tanda suka di TikTok.
Orang ramai beri pelbagai reaksi, ada yang terkejut sebab tak pernah tahu
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video itu.
Kebanyakan orang terkejut kerana selama ini tidak pernah mengetahui tentang kewujudan Air Terjun Rambai Tujuh itu meskipun sering melalui lebuh raya terbabit.
Pun begitu, tidak kurang juga yang mendakwa bahawa kawasan terbabit agak ‘keras’ dan mempunyai haiwan liar seperti harimau.