fbpx
Now Reading
Pilot Malaysia Airlines Guna Teknik ‘Crabbing’ Ketika Mendarat Dalam Cuaca Buruk Di London Raih Pujian [Video]

Pilot Malaysia Airlines Guna Teknik ‘Crabbing’ Ketika Mendarat Dalam Cuaca Buruk Di London Raih Pujian [Video]

Aksi kapal terbang Malaysia Airlines Airbus A350-900 mendarat secara ‘crabbing’ berjaya dirakam di Lapangan Terbang Heathrow, London, England.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara perkara yang menjadi kebimbangan segelintir individu ketika menaiki kapal terbang adalah semasa berlepas dan mendarat.

Ini kerana pada ketika itu akan berlakunya perubahan mendadak dari segi kelajuan di mana gegaran dapat dirasai di dalam kapal terbang.

Namun faktor seperti cuaca buruk juga boleh memberi risiko kepada pesawat untuk berlepas atau mendarat seperti mana yang berlaku baru-baru ini kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines.


Pesawat Malaysia Airlines Berjaya Mendarat Di London Meskipun Dilanda Cuaca Buruk

Menerusi video dimuat naik semalam (8 Disember) di laman YouTube Big Jet, kelihatan juruterbang pesawat Malaysia Airlines Airbus A350-900 berjaya melakukan pendaratan dengan selamat meskipun terpaksa bergelut dalam gelora udara yang disebabkan oleh angin lintang dari Storm Darragh.

Aksi tersebut berjaya dirakam ketika pesawat mahu mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London, England.

Pada minit ke 04:19:45 di dalam video itu, pesawat Malaysia Airlines itu melakukan pendaratan di landasan secara menyerong selepas memecut sedikit ketika di ruang udara.

Untuk pengetahuan anda, aksi mendarat yang dilihat seperti menyerong itu dikenali sebagai teknik ‘crabbing’ di mana gerakan itu mengekalkan pesawat dalam kedudukan ‘diagonal’ dengan hidung pesawat menghala ke arah angin sambil kapal terbang ameneruskan pendaratan ke arah landasan.

Teknik pesawat Malaysia Airlines berkenaan mendarat juga diketahui oleh perakam video dan meluahkan rasa kagum serta memuji bagaimana pergerakan itu dilakukan dengan lancar.


Masyarakat Puji Kelancaran Pesawat Malaysia Airlines Berjaya Mendarat Dengan Selamat

Boleh dikatakan ramai yang memuji ilmu dan kemahiran juruterbang pesawat berkenaan yang berjaya mengawal pendaratan meskipun dilanda cuaca buruk di London semasa mendarat.

Mereka turut berbangga dan mengucapkan tahniah atas pendaratan yang begitu cemerlang ditunjukkan oleh syarikat penerbangan dari Malaysia itu.

“Inilah namanya Malaysia Boleh,” ujar seorang netizen.

Malah, ada yang turut berharap agar identiti juruterbang tersebut dapat diketahui bagi memberi pujian kepadanya.

Sumber: TikTok
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.