fbpx
Now Reading
Telefon Tok Siak Hilang Dicuri, AJK Surau Berpakat Buat Kejutan Belikan Yang Baharu [Video]

Telefon Tok Siak Hilang Dicuri, AJK Surau Berpakat Buat Kejutan Belikan Yang Baharu [Video]

Menurut Zayed, ahli jawatankuasa (AJK) surau telah mengutip sumbangan antara mereka untuk membelikan telefon bimbit berkenaan selepas simpati dengan nasib menimpa Tok Siak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berbuat baik dengan mengembirakan hati orang di sekeliling merupakan satu perkara yang bagus untuk dilakukan.

Malah tindakan ini akan sentiasa diingati serta didoakan beribu kebaikan atas amalan yang telah dilakukan kepada orang ramai.

Bukan hanya itu, melakukan kebaikan juga merupakan salah satu perkara yang dituntut dalam Islam dan mereka yang melakukannya akan dijanjikan ganjaran pahala yang banyak.

Pemuda & AJK surau beri hadiah kejutan untuk Tok Siak

Baru-baru ini, beberapa pemuda yang juga ahli jawatankuasa (AJK) di Surau Al-Kauthar, Bangi telah memberi kejutan hadiah kepada seorang Tok Siak sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Zayed di TikTok, awalnya dia memaklumkan bilik Tok Siak atau mesra dipanggil Wak telah diceroboh masuk oleh individu tak bertanggungjawab sewaktu solat Isyak.

Ekoran daripada insiden itu, telefon bimbitnya telah dicuri dan perkara itu membuatkan dia tidak dapat membuat panggilan pada keluarga yang berada jauh di Indonesia seperti malam-malam yang sebelumnya.

Kutip sumbangan untuk hadiahkan telefon bimbit yang baharu

Simpati dengan nasib yang menimpa Wak, barisan AJK kemudiannya berpakat untuk mengutip sumbangan bagi membeli telefon bimbit baharu.

Dalam video kelihatan Wak sedang duduk di bawah sebelum datang seorang individu meletakkan telefon itu di belakang badannya. Ketika ingin mengundur ke belakang Wak tersentuh plastik berisi telefon bimbit itu.

Tersenyum sebaik melihat telefon bimbit sebelum menangis sebak

Dia lalu mengambil bungkusan itu dan tersenyum apabila melihat isi di dalamnya. Malah dia juga turut membuka kotak telefon berkenaan untuk melihat peranti pintar itu.

Sebaik membukanya kelihatan dia menyeka air mata mungkin sebak dengan pemberian diberikan oleh para pemuda terbabit.

“Terlalu banyak jasanya kepada masyarakat setempat dan Surau Al-Kauthar.

“Ini sumbangan daripada pemuda-pemuda, dan rakan kepada Siak surau,” kata perakam.

Wak dalam video itu turut menguncapkan terima kasih kepada semua pemuda dan sahabat atas hadiah yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih semua Imam Muda, rakan-rakan semua,” katanya sambil menahan sebak.

@yedowski_

Our Siak, Wak Ismail. @SurauAlkauthar

♬ original sound – zayed. – zayed.

Ramai puji dan tersentuh lihat wak menangis terima hadiah

Melihat di ruang komen, ramai yang memuji sikap pemuda-pemuda berkenaan kerana dapat mengembirakan hati Wak dengan kebaikan yang dilakukan.

Malah ada juga yang bersyukur kerana Wak dikelilingi dengan orang yang baik.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah berdepan kesusahan dan dibantu oleh orang yang baik.

“Wak senyum saya dah mula menangis”

“Dalam banyak-banyak perkara yang aku suka ialah, melihat orang lain gembira atas pertolongan seseorang. Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat pada orang lain.”

“Aku tak boleh lah tengok video-video macam ni auto menangis”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.