fbpx
Now Reading
Tindakan Anggota Polis Sumbang Bantuan Kepada Keluarga Susah Selepas Keluarkan Saman Raih Pujian [Video]

Tindakan Anggota Polis Sumbang Bantuan Kepada Keluarga Susah Selepas Keluarkan Saman Raih Pujian [Video]

Jelas anggota polis itu, dia dan rakannya telah menahan dan mengeluarkan saman kepada pemandu atas kesalahan tiada lesen namun menjadi serba salah selepas mengetahui mereka dalam kesusahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pekerjaan di dunia ini masing-masing mempunyai cabarannya yang tersendiri lebih-lebih lagi anggota beruniform seperti polis.

Kebanyakan orang hanya berfikir cabaran dalam bidang itu hanyalah sekadar berhadapan dengan orang jahat semata-mata.

Namun, sebenarnya ada dugaan lain terpaksa dihadapi oleh setiap anggota ketika menjalankan tugas yang dilihat boleh mempengaruhi tindakan mereka. Ini kerana polis juga berkhidmat untuk masyarakat.

Polis Keluarkan Saman Kerana Pemandu Tiada Lesen Memandu

Semalam (8 Disember), tular di media sosial video yang memaparkan sikap prihatin seorang anggota polis ketika menjalankan tugas.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @mpv_shah, anggota yang dikenali sebagai Shah itu berkongsikan kisah yang menyentuh jiwanya sewaktu menjalankan tugas.

“Kerana polis manusia biasa. Polis menjalankan tugas, timbul rasa serba salah,” tulisnya di video tersebut.

Jelas anggota berkenaan, ketika menjalankan Sekatan Jalan Raya (SJR), dia dan rakannya telah menahan dan mengeluarkan saman kepada pemandu sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki oleh keluarga.

Dakwa Shah, saman itu dikeluarkan atas kesalahan pemandunya yang tidak mempunyai lesen memandu.

Kenyataan Pemandu Buat Anggota Polis Tersentuh Hati

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pemandu terbabit ketika saman dikeluarkan.

“Selesai kami menulis sama, pemandu itu bagitahu kepada kami, ‘hari ni banyak malang nasib, pergi cari kerja tak dapat, mahu balik rumah tapi saman pula yang dapat’” kongsinya.

Respon itu nyata menyentuh hati Shah hingga timbul rasa serba salah dalam dirinya kerana mengeluarkan saman terhadap pemandu berkenaan.

Anggota Polis Mohon Maaf Kerana Terpaksa Keluarkan Saman

Namun, atas faktor integriti dan rasa bersalah, dia kemudiannya berjumpa kembali pemandu dan keluarga itu untuk memohon maaf.

Malah, dia turut mempersoalkan mengapa pemandu yang digelar sebagai pakcik itu tidak memberitahu masalah sebenar yang dihadapi ketika dia menulis saman tersebut.

Namun jelas Shah, tindakannya yang mengeluarkan saman itu adalah sebagai peringatan agar kejadian berkenaan tidak berulang demi keselamatan isteri dan anaknya.

Satu Keluarga Rupanya Belum Makan Dari Pagi

Ketika dia bertanya kepada mereka sama ada sudah makan atau belum, jawapan daripada si isteri sekali lagi menyentuh hati anggota polis berkenaan.

“Bila ditanya sudah makan ke belum, pakcik ni hanya mengangguk kepala tapi isterinya terlepas cakap mengatakan semua belum makan lagi,” kongsinya lagi.

Shah kemudiannya dilihat memberi sumbangan dipercayai dalam bentuk wang tunai sebagai belanja buat keluarga tersebut untuk makan.

Jelas Shah, tindakannya itu bukanlah dibuat-buat kerana wujudnya kamera pada badan sebaliknya atas dasar kemanusiaan.

“Bukan sebab ada kamera di badan tapi sebab ada hati dan perasaan. Keluarkan saman adalah satu tugasan, supaya kesalahan tidak berulang,” tulisnya lagi.

@mpv_shah

Polis menjalankan tugas, timbul rasa serba salah👮🏻‍♂️ (Kerana Polis Pun Manusia Biasa) #fyp #flypシ #fypシ #fypシ゚viral #mpv_shah #pdrm @TenggoKilo

♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Ramai Luah Rasa Kagum & Puji Sikap Prihatin Anggota Polis

Video yang telah mendapat lebih 806,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kagum dan memuji sikap anggota polis berkenaan yang profesional namun masih prihatin terhadap kesusahan yang dialami oleh orang awam.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar polis berkenaan dikurniakan rezeki disebabkan sifat ihsannya terhadap orang lain.

Namun, ada juga yang mempunyai tanggapan sendiri dan berpandangan kemungkinan pemandu tersebut tidak mempunyai lesen memandu kerana ketiadaan wang ringgit.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Tahniah Di Atas Sikap Keprihatinan Anda Walaupun Tetap Tegas Menjalankan Tugas”

“Tak Perlu Rasa Serba Salah Tuan, Bagi Pengajaran Kepada Mereka”

“Zaman Ni Makin Banyak Antara Kita Hidup Susah, Semoga Abang Polis Dikurniakan Rezeki. Buat Uncle Tu, Semoga Ada Rezeki”

“Macam Tuan Ni Kena Tunjuk Juga Supaya Rakyat Tahu Tak Semua Polis Kerja Pau Duit Orang”

“Saya Pun Pernah Jumpa Polis Baik Hati”

Baca Artikel Berkaitan: Tak Cukup Duit Sara Anak, Tindakan Polis Hulur Wang Kepada Penunggang Motosikal Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Sempoi Je”- Polis Siap Tolong Hantar Rider Makanan Naik Motor Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ingat Tahan Nak Saman Rupanya Tolong Tukar Tayar, Tindakan Abang Polis Raih Pujian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.