fbpx
Now Reading
“Dia Balik, Happy Tunjuk Dekat Saya” – Anak Luah Rasa Sedih, Bapa Ditipu Beli iPhone Tak Ori

“Dia Balik, Happy Tunjuk Dekat Saya” – Anak Luah Rasa Sedih, Bapa Ditipu Beli iPhone Tak Ori

Menurut individu itu, bapanya tidak mempunyai pengetahuan tentang iPhone, namun membeli peranti tersebut untuk dihadiahkan kepada dirinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak mereka membesar dalam keadaan gembira dan bahagia sepanjang masa.

Malah, kedua-dua insan ini sanggup melakukan apa sahaja yang boleh membuatkan si anak gembira meskipun perkara itu memerlukan pengorbanan.

Ada yang tidak kisah berabis duit semata-mata mahu memberikan sesuatu yang terbaik buat anak kesayangan.

Bapa niat nak belikan anak iPhone, sekali ditipu dapat yang tak original

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang bapa ini apabila niatnya untuk menghadiahkan anak sebuah iPhone membuatkannya menjadi mangsa penipuan.

Kisah sedih itu dikongsikan sendiri oleh anaknya menerusi satu hantaran carousel di akaun TikTok (@nvm.eys).

Difahamkan, ‘iPhone 14 Pro Max’ yang dibeli oleh bapanya dari sebuah kedai itu bukanlah original sebaliknya telefon ‘fake’ yang hanya mempunyai rekaan yang mirip dengan peranti ‘flagship’ itu.

Bapa tak tahu tentang iPhone,happy dapat beli untuk anak

Menurutnya, bapanya semenangnya tidak berapa mempunyai pengetahuan tentang iPhone menyebabkan penipu terbabit mengambil kesempatan sedemikian

“Dia balik dari kedai gembira tunjuk dekat saya dia belikan saya iPhone, sedih saya rasa, selepas saya cakap dia kena tipu, dia kata dia sedekah sahaja dekat penipu itu.

“Scammer di luar sana tolong lah jangan buat macam ini, kami bukan orang yang mampu,” tulisnya.

Individu tersebut pada awalnya berhasrat untuk menjual semula iPhone fake berkenaan pada harga RM350, namun telah mengubah fikiran untuk tidak menjualnya kerana iPhone tiruan berkenaan tidak sepatutnya dijual.

Memang nampak macam iPhone original dari luaran

Jika sekali pandang, iPhone tersebut sememangnya kelihatan seperti yang original kerana luarannya dan bahagian ‘interface’ adalah sama.

Namun, apa yang membezakannya adalah bahagian dalamnya seperti jenis sistem operasi (Operating system) serta chipset yang digunakan.

Dalam satu video berasingan yang dikongsikan oleh individu itu, jelas kelihatan dalaman aplikasi App Store adalah berbeza dengan yang original selain kamera yang ada juga kelihatan sangat kabur tidak sepeti iPhone 14 Pro.

@nvm.eys

Replying to @ical nk sy tunjuk apa lgi?awk jgn tau fitnah sy je..

♬ blue (slowed down) – yung kai

Ramai tak sangka itu iPhone fake, memang nampak macam ori

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut mendakwa iPhone terbabit sememangnya kelihatan seperti yang ori, malah mereka tidak dapat menemui perbezaannya.

Ada juga yang menasihati individu terbabit agar terus memakai ‘iPhone’ berkenaan meskipun ianya palsu untuk menjaga hati bapanya yang sudahpun membelinya.

iPhone fake makin belambak, ini cara semak ketulenannya

Tidak dinafikan, pada zaman ini semakin banyak telefon tiruan daripada jenama terkenal seperti Apple dan Samsung yang dijual di pasaran pada harga juah lebih murah.

Namun ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan menipu dan menjualnya pada harga yang tinggi seakan original.

Berikut kami kongsikan cara untuk memeriksa jika iPhone yang ingin dibeli itu original atau tiruan.

Semak serial number

Buka halaman Settings pada iPhone tersebut, kemudian pilih ‘General’ dan klik pada ‘About’. Pada bahagian ‘About’ ini anda boleh melihat nombor siri iPhone tersebut.

Klik dua kali pada nombor tersebut untuk menyalinnya, kemudian buka halaman semakan Apple di laman web Check your device’s coverage dan ‘paste’ nombor siri yang telah disalin tadi.

Status ketulenan iPhone tersebut akan dipaparkan di halaman keputusan.

Sokongan App Store

Hanya iPhone original yang menggunakan sistem operasi iOS sahaja yang mempunyai sokongan terhadap App Store, kebiasaannya iPhone fake menggunakan sistem operasi Android.

Jadi, cara mudah untuk menyemak sama ada iPhone terbabit original atau tiruan adalah dengan membuka aplikasi App Store. Jika telefon itu tiruan, maka sokongan yang ditunjukkan adalah seperti Play Store dan bukannya App Store.

Berikut komen yang diberikan netizen di TikTok:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.