fbpx
Now Reading
Gelagat Anak Hantar Ibu Masuk Pertandingan Marhaban Cuit Hati Ramai [Video]

Gelagat Anak Hantar Ibu Masuk Pertandingan Marhaban Cuit Hati Ramai [Video]

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan ibu Asyiqin dan ahli kumpulannya begitu bersungguh-sungguh ketika membuat persembahan sehingga mendapat anugerah ‘Persembahan terbaik’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Marhaban merupakan bacaan berbentuk syair yang sering dilakukan dalam beberapa majlis keramaian, contohnya majlis cukur jambul bayi, perkahwinan, aqiqah dan banyak lagi.

Kebiasaannya marhaban yang dilakukan ini membacakan ayat-ayat yang memuji kebesaran Allah SWT serta berselawat. Selain itu, marhaban kebiasaannya dilakukan secara berkumpulan sebagai contoh kumpulan wanita atau lelaki.

Jika di Malaysia, aktiviti marhaban ini merupakan sesuatu perkara yang normal untuk dilakukan oleh penduduk taman perumahan dan sebagainya.

Wanita rakam gelagat ibu dan kumpulan sertai pertandingan marhaban

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi gelagat ibu dan ahli kumpulan marhabannya ketika menyertai pertandingan marhaban.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Asyiqin Omar di TikTok, awalnya kelihatan dia dari dalam kereta sedang merakam gelagat ibu dan ahli kumpulan marhaban tersebut.

Dipercayai kehadiran Asyiqin ke pertandingan berkenaan adalah untuk memberi sokongan kepada ibunya dalam pertandingan yang diadakan pada 8 Disember lalu.

Dalam video itu, kelihatan ahli kumpulan terbabit termasuk ibunya memakai baju berwarna kuning yang dipadankan dengan tudung bercorak dan selendang di bahu kanan.

“Ini kalau tak menang nombor satu siap ya,” kata Asyiqin dari dalam kereta pada ibunya.

Siap main kompang ketika buat persembahan

Sewaktu kumpulan ibunya membuat persembahan, Asyiqin yang menjadi penonton juga tak melepaskan peluang untuk merakam momen tersebut.

Kelihatan ahli kumpulan itu ada yang bermain alat muzik seperti kompang dan separuh darinya bersyair. Ketika persembahan mereka turut melakukan pelbagai pergerakan badan yang mudah.

@matchalemon4de

Acik marhaban perform harini, cuba teka menang tak? 🤔 performance marhaban family

♬ original sound – syqn. – syqn.

Menang dapat nombor satu dalam pertandingan marhaban dan persembahan terbaik

Perkongsian Asyiqin itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang menyifatkan si ibu dan ahli kumpulan marhabannya comel.

Bukan hanya itu, netizen juga ingin mengetahui apakah keputusan pertandingan berkenaan. Asyiqin kemudiannya dalam satu video yang dimuat naik menunjukkan tangkap layar dari ibunya yang memaklumkan ahli kumpulan terbabit dinobatkan sebagai juara.

“Alhamdulillah dapat nombor 1 dan juga persembahan terbaik,” katanya.

Menurut si ibu, pertandingan marhaban itu disertai sebanyak sembilan kumpulan. Menerusi video tersebut kelihatan kumpulan ibunya begitu bersungguh-sungguh dan menghafal setiap pergerakan dan lirik marhaban.

Melihat di ruang komen, ramai yang terhibur dengan gelagat ahli kumpulan marhaban itu. Malah ramai turut berkongsi pengalaman ibu mereka juga begitu.

Bukan hanya itu, ada yang juga yang ingin menyertai ahli kumpulan marhaban di kawasan mereka sekiranya ada kekosongan selepas menonton video berkenaan.

@matchalemon4de

Replying to @reenalee_official yang penting kena update group family paling besorr 🤣

♬ original sound – syqn. – syqn.

“Mak cik kompang mesti dapat peserta terbaik”

“Makcik kompang tu kemain”

“Mak aku sebelum pertandingan, praktis nyanyi dalam bilik sorang-sorang sambil buka YouTube. Belum lagi kena buat presentation, dia punya praktis hafal skrip..”

“Comel mak dia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.