“Heaven Sungguh” – Ramai Teruja Lihat Restoran Ini Sediakan Lebih 100 Jenis Lauk Untuk Pelanggan [Video]
Jelas pengguna itu lagi di ruangan komen, difahamkan sebanyak 117 jenis lauk yang sebenarnya terdapat di kedai makan yang terletak di Bangi itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nasi merupakan makanan ruji majoriti rakyat Malaysia. Tak kira sarapan, makan tengahari atau makan malam, itulah hidangan wajib yang sering menjadi pilihan ramai.
Kebiasaannya, ia dinikmati bersama lauk sampingan contohnya seperti ayam, ikan atau menu-menu lain yang dimasak dengan cara tersendiri.
Buat si kaki makan, sudah pastilah kedai yang menyediakan pelbagai jenis lauk khususnya lauk kampung sering menjadi pilihan untuk dinikmati bersama makanan ruji rakyat Malaysia itu.
Namun, kebanyakan restoran kadangkala sering menghidangkan menu yang sama setiap hari hingga boleh membuatkan pelanggan berasa jemu dek kerana pilihan lauk yang terhad.
Restoran Sediakan Lebih 100 Jenis Lauk Pauk Kampung
Lain pula dengan sebuah restoran yang terletak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor ini yang menyediakan lebih 100 jenis lauk kampung istimewa buat pelanggannya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @abucarimakan, pengguna berkenaan berkongsikan pengalamannya ketika berkunjung ke kedai makan itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah boleh dikatakan hampir satu lot kedai itu dipenuhi dengan lauk pauk.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pelbagai jenis lauk yang boleh membuatkan pelanggan rambang mata dan pening untuk membuat pilihan.
Ini kerana setiap hidangan yang dijual di restoran tersebut nampak sedap dan amat menyelerakan.
Satu Bahan Di Masak Dengan Pelbagai Jenis Masakan
Uniknya, setiap hidangan yang dijual di premis itu tidak terhad kepada satu jenis semata-mata.
Contohnya, seperti ikan yang tidak hanya bergantung kepada satu jenis ikan. Sebaliknya, ia dipelbagaikan seperti goreng, sambal, kari atau sup.
Begitulah juga dengan bahan-bahan lain seperti ayam, daging serta makanan laut yang kesemuanya membuka selera orang ramai.
Lebih menarik, ada di antara hidangan tersebut boleh diambil terus dari periuk seperti menu gulai kawah daging dan kambing serta sup tulang.
Turut Jual Bubur Pelbagai Jenis & Kuih-Muih
Tidak hanya itu, pelbagai jenis bubur dan kuih-muih tradisional turut dijual di gerai berkenaan.
Difahamkan, harga setiap hidangan yang terdapat di restoran terbabit dijual mengikut saiz dan kuantiti yang diambil.
Jelas pengguna itu lagi di ruangan komen, difahamkan sebanyak 117 jenis lauk yang sebenarnya terdapat di kedai makan berkenaan.
Ramai Teruja Lihat Lauk Pauk Pelbagai Jenis
Video yang telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan itu nyata menjadi perhatian pengguna media sosial yang lain.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti daripada mereka teruja menyaksikan himpunan lauk kampung yang banyak itu.
Malah, ada yang merasakan di akhirnya dia akan memilih lauk biasa dek kerana terlalu banyak pilihan yang ada.
Namun, ada netizen yang telah berkunjung ke restoran berkenaan mendakwa harga yang dikenakan agak mahal.
Pun begitu, ada yang berpendapat harga tersebut sesuai dengan kos perbelanjaan yang ditanggung oleh peniaga restoran itu.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Heaven Sungguh”
“Kedai Makan Ni Masuk Je Auto Pening, Sebab Banyak Lauk Tak Tahu Nak Ambil Mana Satu”
“Dah Pergi Dah, Lauk Sedap Tapi Harga Masya-Allah”
“Kalau Jenis Ini Saya Akan Pusing Dulu. Pusingan 1 Tengok Apa Ada & Terus Aim, Yang Kedua Cedok Apa Yang Kita Aim”
“Saya Kenal Taukenya. Modal 1 Hari Hampir RM10k Gais, Dulu RM5k Hingga RM6k Je”
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Nasi Kukus RM3.50 Raih Pujian, Siap Tawar Percuma ‘Refill’ [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Semua Lengkap” – Peniaga Jual Nasi Lemak RM2 Siap Bagi Kangkung & Telur Separuh Raih Pujian [Video]