fbpx
Now Reading
Istana Pahang Nafi Dakwaan Tengku Hassanal Akan Berkahwin Pada April 2025

Istana Pahang Nafi Dakwaan Tengku Hassanal Akan Berkahwin Pada April 2025

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, dakwaan itu dimuat naik sendiri oleh seorang wanita di Instagram yang menunjukkan dia ‘menerangkan’ tentang majlis perkahwinan bersama Tengku Hassanal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya sering menjadi perhatian kerana sikap prihatin baginda terhadap rakyat.

Malah, anak-anak baginda juga tidak terkecuali mendapat perhatian yang sama khususnya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang sering menjadi tumpuan ramai.

Pun begitu, ada segelintir individu tidak bertanggungjawab sanggup menyebarkan berita palsu melibatkan Tengku Mahkota Pahang itu.

Terbaharu, timbul pula khabar angin yang mendakwa Tengku Hassanal bakal melangsungkan perkahwinan bersama seorang wanita pada April tahun hadapan.

Ia menjadi tular selepas wanita itu sendiri yang membuat dakwaan sebegitu di Instagram miliknya.

Istana Pahang Nafi Dakwaan Tengku Hassanal Akan Langsungkan Perkahwinan

Ekoran daripada khabar angin yang tular, Istana Pahang dalam satu kenyataan di media sosial rasmi mereka hari ini (10 Disember) menafikan dakwaan tersebut.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, dakwaan itu dimuat naik sendiri oleh wanita berkenaan menerusi platform Instagram di akaun Farida Daud (faridah.daud_11) yang menunjukkan dia ‘menerangkan’ tentang majlis perkahwinan bersama Tengku Hassanal.

“Menurut hantaran di story Instagram berkenaan, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun depan dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuatnaik selain daripada Portal Rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang.

“Tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang,” jelasnya.

Wanita Dakwa Dah Kenal Tengku Hassanal 6 Tahun

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Story wanita berkenaan, dia mendakwa telah menjalinkan hubungan bersama Tengku Mahkota Pahang itu selama enam tahun.

Tidak hanya itu, dia turut bercerita mengenai perhubungannya bersama Tengku Hassanal serta perancangan majlis perkahwinan mereka yang didakwa akan berlangsung di Ipoh, Perak menerusi Instagram Storynya itu.

Foto: Tangkap Layar IG Story

Foto: Tangkap Layar IG Story

Foto: Tangkap Layar IG Story

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Pengunjung Tak Perasan Tengku Hassanal Joging Di Taman Tasik Titiwangsa, Siap Lalu Sebelah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Familiar” – Wajah Lelaki Mirip Tengku Hassanal Curi Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.