Nak Bawa Anak Bercuti? Club Med Cherating Ada Banyak Aktiviti Untuk Kanak-Kanak
Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan bersama anak-anak adalah permainan Trapeze, di sini korang boleh uji keberanian masing-masing.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila memikirkan mengenai percutian bersama keluarga, sebagai ibu bapa pasti anda inginkan sesuatu lokasi yang bersesuaian untuk membawa anak kecil.
Sama seperti kita yang penat bekerja, si manja juga perlukan ‘escape’ dari rutin mereka seperti ke sekolah, duduk di rumah pengasuh dan sebagainya.
Malah aktiviti bersama ibu bapa secara tidak langsung turut mengeratkan lagi ‘bonding’ antara satu sama lain. Namun lokasi bersesuaian adakalanya sukar untuk ditentukan, ini kerana ibu bapa inginkan sesuatu kawasan yang mempunyai keselamatan yang baik serta pendedahan yang sesuai buat anak-anak.
Tak dinafikan membawa mereka ke taman tema adalah satu idea yang baik namun kita juga ingin mereka mengenali dan meneroka alam semulajadi.
Bawa anak-anak bercuti di Club Med Cherating sambil mengenali alam semulajadi
Maka kami cadangkan bawa anak anda meneroka alam semulajadi di Club Med Cherating, Balok, Pahang. Selain tempat yang cantik, anak-anak anda juga boleh mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan di sini.
Untuk mereka yang belum tahu Club Med Cherating ini merupakan lokasi pelancongan di sebuah kawasan persendirian di tepi laut. Mana-mana individu yang bukan tetamu dan tidak memakai gelang tangan yang ditetapkan tidak akan dibenarkan untuk berada di kawasan ini.
Maka perkara ini sekaligus membuktikan resort ini sangat mementingkan keselamatan semua tetamunya dari golongan kanak-kanak sehingalah dewasa.
Baiklah tanpa membuang masa, jom kami senaraikan kepada anda apakah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk dilakukan oleh anak-anak anda sepanjang berada di resort berprestij ini:
#1 Petit & Baby club
Sebagai ibu bapa, kami faham bahawa percutian juga adalah untuk anda bergembira dan melupakan seketika mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa, pekerja dan sebagainya.
Namun percutian yang membawa anak-anak mungkin akan membataskan anda untuk berhibur dan meneroka aktiviti yang ada di resort ini. Yelah sudah bayar percutian yang menyeronokkan, pasti korang pun nak berhibur.
Usah bimbang, Club Med Cherating ada menyediakan kelab untuk kanak-kanak dan juga bayi. Di mana anda boleh menghantar anak-anak di sini sementara ingin mencuba atau melakukan sebarang aktiviti yang dimahukan dalam resort ini.
Anak-anak anda akan diawasi oleh G.O (Great Organizer) yang bertanggungjawab di kelab berkenaan.
Selain itu, mereka juga mempunyai fasiliti yang lengkap di kawasan ini untuk memastikan si kecil anda berada dalam keadaan selesa sepanjang ketiadaan ibu bapanya.
Bukan hanya itu, terdapat pelbagai aktiviti juga akan dilakukan di kelab ini sambil dipantau oleh G.O yang berada di kelab tersebut.
Walau bagaimanapun, untuk meninggalkan anak-anak anda dengan pengawasan terdapat pembayaran yang akan dikenakan bergantung kepada tempoh tertentu.
#2 Meneroka ke dalam alam semulajadi
Kanak-kanak yang sedang membesar tentunya mempunyai banyak persoalan mengenai kehidupan di sekeliling mereka seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi.
Di Club Med Cherating anda boleh membawa anak-anak merasai pengalaman masuk ke dalam hutan dan mempelajari mengenai flora dan fauna.
Bukan hanya itu, aktiviti ini secara tidak langsung membuatkan mereka mengenali dan lebih menghargai pokok serta haiwan yang masih berada di habitat asalnya.
#3 Menjadi penyelamat penyu
Pantai di Cherating ini merupakan salah satu kawasan yang akan dikunjungi oleh penyu apabila tiba musim untuk mereka bertelur.
Maka ini secara tidak langsung memberikan peluang buat anda untuk menyaksikan dan bekerjasama dalam menyelamatkan telur penyu agar ia tidak diancam oleh pemangsa.
Umum mengetahui penyu mampu bertelur sekitar 110 biji namun tidak semua akan menetas dengan selamat kerana dimakan oleh haiwan pemangsa atau diambil individu tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sebagai makanan.
Sekiranya bukan musim untuk penyu bertelur G.O akan mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan kepada orang ramai bagaimanakah cara untuk mengesan telur penyu dan cara menyelamatkannya.
Untuk makluman anda, ini merupakan aktiviti terbaharu yang akan diadakan di Club Med Cherating.
#3 Hotel Serangga
Mungkin ia kedengaran sedikit pelik untuk mengadakan hotel serangga bukan? Namun ini adalah inisiatif Club Med Cherating untuk menjadikan resort ini kaya dengan alam semulajadi apabila mengadakan hotel serangga.
Hotel serangga ini merupakan salah satu perkara yang baharu dibina untuk menarik perhatian serangga yang berada di sekitar kawasan untuk menginap dan hidup secara bermasyarakat.
Hotel ini juga boleh memberikan si kecil anda yang mungkin meminati haiwan atau serangga untuk mengenali lebih lagi mengenai sifat binatang kecil ini.
#4 Trapeze
Trapeze merupakan satu aktiviti lasak yang memerlukan peserta untuk bergerak aktif, melompat, memanjat serta yang paling penting adalah keberanian!
Permainan ini bukan sahaja boleh dimain oleh kanak-kanak, tetapi ibu bapa pun boleh turut serta untuk memeriahkan lagi suasana.
Selain itu, ia juga memberi peluang kepada anak-anak anda untuk memupuk jati diri yang tinggi pada diri mereka sewaktu melakukan aktiviti ini.
Meskipun ia dilihat lasak, namun mommy dan daddy tak perlu risau kerana faktor keselamatan sentiasa menjadi keutamaan di sini.
Perserta juga akan dipakaikan tali pinggang keselamatan serta jurulatih yang memberikan arahan untuk melakukan aktiviti ini. Permainan ini boleh dimain oleh kanak-kanak seawal empat tahun.
#4 Kolam yang penuh dengan aktiviti
Kanak-kanak pastinya akan sentiasa berasa teruja sebaik sahaja melihat kolam renang. Tidak kiralah saiznya kecil atau besar apa yang penting buat mereka adalah dapat berenang di dalamnya.
Namun berbeza dengan kolam renang yang disediakan di Club Med Cherating ini apabila kanak-kanak akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti air.
Sebagai contoh, penyelamat yang sentiasa berada di kolam ini akan melakukan aktiviti seperti lumba renang membabitkan tetamu di situ. Ini secara tak langsung membuatkan si kecil anda dapat berjumpa rakan baharu.
Seperti yang dikatakan keselamatan tetamu sentiasa menjadi keutamaan di resort ini, anak-anak akan sentiasa dibekalkan jaket keselamatan untuk mengelakkan dari berlaku sebarang hal tak diingini.
Jadi kalau tak bawa pelampung pun tiada masalah, pakai saja jaket keselamatan di sini.
#5 Mencanting batik & pelbagai aktiviti lain
Kebanyakan kanak-kanak sememangnya sukakan aktiviti seni, di sini anda juga boleh bawa anak-anak untuk mencanting batik.
Malah anda boleh pilih design yang disukai dan melakukan aktiviti ini bersama-sama. Untuk mereka yang berminat melakukan aktiviti ini satu lukisan berharga serendah RM60 mengikut saiz.
Selain yang disenaraikan, si kecil anda juga akan disajikan dengan pelbagai lagi aktiviti menarik dari siang sehinggalah malam.
Ini kerana, setiap hari Club Med Cherating akan menyediakan aktiviti yang berbeza-beza untuk dilakukan oleh kanak-kanak seperti botanical walk, memanah, berkayak, mewarna, bermain layang-layang dan banyak lagi.
Pendek kata tidak akan satu waktu yang kosong jika bawa anak-anak bercuti ke sini.
BACA ARTIKEL BERKATAN: 7 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Jika Berkunjung Ke Club Med Cherating!