Pelajar Bagi Jambangan Duit Untuk Ibu Bapa Ketika Konvokesyen Kerana Ingin Balas Jasa [Video]
Menerusi video tersebutm kelihatan wajah kedua ibu bapa Nazirah seperti terkejut apabila anak gadis mereka menyerahkan jambangan duit itu sebagai penghargaan buat mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali tibanya musim konvokesyen, tak dinafikan ramai pelajar yang gembira apabila hari yang ditunggu-tunggu selepas sekian lama akhirnya tiba.
Malah ada yang turut melakukan persiapan seperti menempah baju untuk dipakai pada majlis itu nanti.
Selain pelajar, tak dinafikan ibu bapa juga merupakan antara individu yang turut gembira dengan kejayaan anak mereka yang berjaya menamatkan pelajaran.
Perkara itu secara tidak langsung menjadi hadiah tak ternilai buat mereka yang sudah berkorban agar anak-anak mendapat menuntut ilmu dengan sebaiknya.
Graduan berikan hadiah pada ibu bapa untuk hargai jasa
Baru-baru ini, seorang graduan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) apabila memberikan hadiah kepada ibu bapa sebagai caranya untuk membalas jasa mereka.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Nazirah Suffian di TikTok, awalnya kelihatan dia yang memakai jubah konvo itu berjalan menuju ke arah ibu bapanya sambil membawa dua bouquet duit di tangan.
Bagi bouquet duit, reaksi ibu dan ayah terkejut terima hadiah
Malah kelihatan pada bouquet itu ucapan terima kasih untuk kedua orang tuanya. Sebaik mendekati si ibu, Nazirah lalu menyerahkan bouquet tersebut kepada wanita itu.
Kelihatan wajahnya sedikit terkejut apabila si anak secara tiba-tiba memberikan bouquet berkenaan kepadanya.
Perkara sama turut dilakukan kepada bapanya, dan kelihatan wajahnya juga seperti terkejut apabila menerima hadiah tersebut.
Si bapa yang ketika itu sedang membuat panggilan secara video call mungkin bersama ahli keluarga menunjukkan wajah anak gadisnya bersama hadiah tersebut.
Bouquet duit dipercayai bernilai RM500 setiap satu
Menerusi video tersebut, dipercayai Nazirah duit kepingan RM50 yang ada pada setiap bouquet tersebut bernilai RM500
“Terima kasih mama dan papa. Semoga setiap langkah ini dapat membalas jasa dan cinta seorang ibu dan ayah yang tiada tandingan.
“Untuk semua doa, cinta dan pengorbanan mama dan papa. Semoga Allah mengurniakan syurga terbaik untuk mama dan papa,” kata Nazirah dalam kapsyennya.
Ramai nak lakukan perkara sama ketika hari konvo mereka kelak
Mejengah ke ruang komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Nazirah atas kejayaannya yang berjaya menamatkan pelajaran di peringat tinggi.
Tidak kurang juga ada yang berterima kasih kerana memberikan mereka idea (bagi hadiah) untuk melakukan perkara sama sewaktu hari konvokesyen akan datang.