Pelajar Bagi Jambangan Duit Untuk Ibu Bapa Ketika Konvokesyen Kerana Ingin Balas Jasa [Video]

Setiap kali tibanya musim konvokesyen, tak dinafikan ramai pelajar yang gembira apabila hari yang ditunggu-tunggu selepas sekian lama akhirnya tiba.

Malah ada yang turut melakukan persiapan seperti menempah baju untuk dipakai pada majlis itu nanti.

Selain pelajar, tak dinafikan ibu bapa juga merupakan antara individu yang turut gembira dengan kejayaan anak mereka yang berjaya menamatkan pelajaran.

Perkara itu secara tidak langsung menjadi hadiah tak ternilai buat mereka yang sudah berkorban agar anak-anak mendapat menuntut ilmu dengan sebaiknya.

Graduan berikan hadiah pada ibu bapa untuk hargai jasa

Baru-baru ini, seorang graduan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) apabila memberikan hadiah kepada ibu bapa sebagai caranya untuk membalas jasa mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nazirah Suffian di TikTok, awalnya kelihatan dia yang memakai jubah konvo itu berjalan menuju ke arah ibu bapanya sambil membawa dua bouquet duit di tangan.

Bagi bouquet duit, reaksi ibu dan ayah terkejut terima hadiah

Malah kelihatan pada bouquet itu ucapan terima kasih untuk kedua orang tuanya. Sebaik mendekati si ibu, Nazirah lalu menyerahkan bouquet tersebut kepada wanita itu.

Kelihatan wajahnya sedikit terkejut apabila si anak secara tiba-tiba memberikan bouquet berkenaan kepadanya.

Perkara sama turut dilakukan kepada bapanya, dan kelihatan wajahnya juga seperti terkejut apabila menerima hadiah tersebut.

Si bapa yang ketika itu sedang membuat panggilan secara video call mungkin bersama ahli keluarga menunjukkan wajah anak gadisnya bersama hadiah tersebut.

Bouquet duit dipercayai bernilai RM500 setiap satu

Menerusi video tersebut, dipercayai Nazirah duit kepingan RM50 yang ada pada setiap bouquet tersebut bernilai RM500

“Terima kasih mama dan papa. Semoga setiap langkah ini dapat membalas jasa dan cinta seorang ibu dan ayah yang tiada tandingan.

“Untuk semua doa, cinta dan pengorbanan mama dan papa. Semoga Allah mengurniakan syurga terbaik untuk mama dan papa,” kata Nazirah dalam kapsyennya.

@nazirah_suffian

Terima kasih MAMA PAPA🌹 Semoga setiap langkah ini dapat membalas jasa dan cinta seorang ibu dan ayah yang tiada tandingan. Untuk semua doa, cinta dan pengorbanan mama dan papa, semoga Allah mengurniakan Syurga terbaik untuk MAMA dan PAPA Terima kasih MAMA PAPA SAYA🥺🩷🫶🏻🌹🎓 #konvouthm #konvouthm2024 #uthm #fypシ゚

♬ suara asli – zona_musik42 – zona_musik42

Ramai nak lakukan perkara sama ketika hari konvo mereka kelak

Mejengah ke ruang komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Nazirah atas kejayaannya yang berjaya menamatkan pelajaran di peringat tinggi.

Tidak kurang juga ada yang berterima kasih kerana memberikan mereka idea (bagi hadiah) untuk melakukan perkara sama sewaktu hari konvokesyen akan datang.

“Doakan saya dapat buat macam ni juga”

“Tahniah sis, saya pun pernah buat macam ni masa graduasi STPM, dan arwah abah saya tak boleh berhenti senyum, sepanjang hari abah mak senyum. Allahu..”

Recent Posts

  • Info

Boleh Ke Sindir Kaki Kutuk Belakang ? Ini Penjelasan UAI [Video]

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa sindiran juga dikira sebagai satu bentuk teguran terhadap…

12 hours ago
  • Trending

Kerana Kesempitan Hidup, Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah

Kisah pasangan suami isteri itu dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor…

12 hours ago
  • Trending

“Makin Rare, Makin Mahal” – Lelaki Jual 2 Majalah Ujang RM4,000 Raih Perhatian Ramai [Video]

Menurutnya, sebuah majalah Ujang yang diterbitkan pada tahun 2001 ingin dijual pada harga RM1,500 manakala…

12 hours ago
  • Trending

“Luar PPR, Dalam Kondo”- Ramai Teruja Lihat Dekorasi Rumah Flat Nampak Ekslusif [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan dekorasi yang dibuat oleh wanita berkenaan menampakkan interior rumah PPR…

12 hours ago
  • Trending

“Memalukan Negara!” – Video Ammar Nazhan & Aras Mohon Maaf Raih Perhatian Ramai

Difahamkan, YouTuber Ammar Nazhan dan TikTokers Aras Abdullah juga telah menandatangi surat permohonan maaf yang…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Kenderaan Berat Dilarang Masuk Lebuh Raya Terpilih Pada Waktu Puncak Bermula 19 Februari Ini

Menurut LLM, pelaksanaan larangan itu berkuat kuasa setiap hari Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan…

13 hours ago