fbpx
Now Reading
Tular Masjid Di Kedah Tak Benarkan Dua Pengembara Haji Bermalam, Ini Respon Tuan Badan [Video]

Tular Masjid Di Kedah Tak Benarkan Dua Pengembara Haji Bermalam, Ini Respon Tuan Badan [Video]

Menurut pengembara Haji itu, mereka tidak mempunyai sebarang masalah atau berkecil hati sekiranya masjid terbabit tidak memberi kebenaran untuk bermalam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial dua lagi lelaki yang dikenali sebagai Bukhari dan Azizul yang di dalam misi melakukan pengembaraan ibadah Haji bagi tahun hadapan (2025) dipercayai dengan berjalan kaki.

Bukhari dan Azizul memulakan pengembaraan dengan berjalan kaki dari Masjid Jamek Kampung Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak pada 1 Disember lalu.

Difahamkan, sepanjang pengembaraan itu, mereka akan bermalam di masjid sebelum menyambung semula perjalanan keesokan harinya.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Tunai Haji 2025, 2 Lelaki Mula Jalan Kaki Dari Perak Ke Mekah [Video]

Pun begitu, sejak semalam tular pula dakwaan yang mengatakan terdapat sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah yang tidak membenarkan mereka untuk bermalam kerana perlu mengemukakan surat terlebih dahulu.

@azharmohamadat

Bila Limau Poqhot 3 Serangkai, Buta Peqhot Tak Ada Akai, Maka Terjadilah Perkara Yg Tidak Disangkakan, Sifat Ehsan Tiada Dalam Diri Dan Sombong Dengan Jawatan Yg Ada#CapCut #inshot #foryoupage❤️ #fypシ #love #fypシ゚viral #loveyou #foryourpage #fyp #foryoupage❤️❤️ #tik

♬ original sound – Bani Tanah Jawi – Bani Tanah Jawi

Tuan badan tampil beri penjelasan, tiada masalah dan berlapang dada

Cakna akan isu terbabit, Bukhari dan Azizul tampil memberi kenyataan berhubung perkara berkenaan menerusi satu hantaran video di akaun TikTok @qoryellia.

Menurut Bukhari, dia dan sahabatnya itu tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya masjid berkenaan tidak membenarkan mereka untuk bermalam.

“Kami tidak berkecil hati ataupun sebagainya, bagi kami benar atau tidak benar untuk bermalam di sana adalah tanggungjawab pihak sana, sekiranya tidak bagi kami tiada masalah dan berlapang dada.

“Kita pun faham, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang mereka tak bagi (bermalam),” katanya.

Mohon isu tak dipanjangkan sehingga jadi perbalahan

Susulan itu, mereka memohon kepada orang ramai agar isu terbabit tidak dipanjangkan lagi sehingga berlaku perbalahan.

“Kami nak mohon kepada semua, janganlah kita menuding jari kepada sesiapa pun, cuma kita ambil jadi pengajaran di atas apa yang berlaku dan kita cari satu titik persamaan untuk kita menyatu padukan kembali hati-hati kita sebagai umat Islam.

“Kita memperjuangkan umat Islam, dapatkan balik ‘ibrah’ apa perjalanan kami jadikan ia pengajaran dan isu yang sedikit ini kalau boleh kita ketepikanlah,” katanya lagi.

Sebelum ini, kisah pengembaraan Bukhari dan Azizul ke Mekah mula mendapat perhatian ramai selepas kedua-dua mereka memulakan perjalanan dengan hanya berjalan kaki.

@qoryellia

#CapCut Bismillah. Moga menjadi asbab kebaikkan buat semua ummah. #caridanterusmencari #pengembaraanhaji #fypforyou @AZIZULABDULLAH

♬ original sound – DNP – DNP

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.