fbpx
Now Reading
Dua Beradik Buat Aktiviti Teka Suara Imam Al-Haramain Raih Pujian Ramai [Video]

Dua Beradik Buat Aktiviti Teka Suara Imam Al-Haramain Raih Pujian Ramai [Video]

Dua beradik itu tidak hanya mengingati nama imam-imam berkenaan malah boleh meniru bacaan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan mendengar suruh-surah yang dibaca oleh imam di Tanah Suci Mekah dan Madinah atau digelar imam al-Haramain amat menenangkan.

Malah alunan surah yang dibaca dengan lembut itu juga boleh membuatkan pendengar berasa sebak hingga menitiskan air mata.

Ini kerana, cara ia dibaca membuatkan mesej dalam surah tersebut sampai ke hati pendengar-pendengarnya.

Kanak-kanak main teka suara imam-imam al-Haramain

Baru-baru ini, dua orang kanak-kanak menjadi perhatian apabila mereka membuat aktiviti meneka suara imam-imam al-Haramain.

Menerusi video yang dimuat naik oleh bapanya, Muslim Ali di TikTok pada mulanya kelihatan dua anak kecil itu berada di ruang tamu sedang bermesra sambil bermain teka-teki.

Dalam video itu, kelihatan si abang iaitu Maher yang berusia 5 tahun bertanya kepada adiknya, Syuroih berumur 3 tahun suara imam manakah yang sedang ditirunya sambil membaca ayat pertama al-Fatihah.

Soalan pertama dapat dijawab dengan betul oleh adiknya namun tidak didengari dengan jelas nama yang disebut.

Abang tiru beberapa suara imam haramain untuk diteka oleh si adik

Maher kemudian meniru suara yang kedua dengan mengulang ayat yang sama dengan lenggok yang berbeza.

“Tu Sheikh Saad Al Ghamdi ke Sheikh Hani Ar-Rafa’i?” soal abangnya. Namun si adik hanya tersenyum.

Maher kemudian meminta lagi adiknya untuk meneka suara yang ketiga sama ada ia adalah Sheikh Bandar Balelah atau Sheikh Muhammad Ayyub? Syuroih lalu menjawab Ayyub.

Si abang lalu berkata jawapan itu adalah salah kerana adalah suara Sheikh Bandar Balelah, kedua-dua mereka seterusnya tersenyum kegembiraan.

Bapa turut ikut serta minta anak teka suara imam yang ditirunya

Bapa yang merakam gelagat dua anak kecil itu lalu meminta mereka meneka suara siapakah di tiru olehnya.

“Okay abi baca awak berdua teka (bapa kemudian membacakan ayat pertama surah al-Fatihah). Ha imam apa? Maher ke Saad Al Ghamdi?,” soal si ayah.

Abang menjawab ia adalah Imam Maher, manakala adik menjawad Saad Al Ghamdi. Namun kedua-dua mereka menjawabnya dengan betul kerana bapa mereka meniru kedua-dua suara dalam ayat yang dibacanya.

Dalam beberapa video lain yang dimuat naik oleh Muslim, kelihatan dia sering berkongsi rakaman anaknya mengaji dan menghafal surah dalam al-Quran.

@muslimaliaq2

Maher 5 Tahun dan Syuroih 3 Tahun, cuba meneka bacaan imam-imam haramain. Momen yang penuh keceriaan ini membawa mereka lebih dekat dengan kecantikan bacaan dan kecintaan terhadap Al-Quran.” Semoga Maher dan Syuroh menjadi anak-anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat, serta menjadi penyejuk hati mama dan walid.Ameen

♬ original sound – muslimali – muslimali

Ramai puji ibu bapa dan dua anak kecil ini hebat

Melihat di ruang komen, ramai yang teruja dengan dua anak kecil ini atas kecekapan mereka dapat mengenali suara imam-imam haramain di usia yang sangat muda.

Malah ada juga yang memuji kedua ibu bapa mereka kerana mendidik anak dengan baik. Selain itu ada yang kagum kerana di usia muda mereka telah bercakap mengenai ilmu yang bermanfaat.

“Padu didikan ibu bapa”

“Jauh lebih baik daripada boleh sambung lirik lagu. MaysaAllah terbaik”

“MasyaAllah, comelnya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.