fbpx
Now Reading
“Ibu Izinkan Main Permainan Ni”- Gelagat 3 Beradik Main Kemas-kemas Rumah Cuit Hati Ramai [Video]

“Ibu Izinkan Main Permainan Ni”- Gelagat 3 Beradik Main Kemas-kemas Rumah Cuit Hati Ramai [Video]

Menerusi video, kedengaran si ibu menggalakkan ketiga-tiga orang anaknya untuk bermain permainan tersebut pada setiap hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak yang sedang membesar tak dinafikan mempunyai banyak persoalan dan perkara yang ingin diterokai.

Oleh itu, tidak hairanlah jika kanak-kanak ini ada sahaja perkara yang ingin dilakukannya seperti bermain apabila bersama adik-beradik, rakan mahupun berseorangan.

Tak dinafikan adakalanya aktiviti yang dilakukan mereka boleh membuatkan rumah kelihatan berselerak atau bersepah sehingga membuatkan segelintir ibu bapa pening apabila melihatnya.

3 beradik main kemas-kemas rumah raih perhatian

Namun berbeza dengan tiga beradik ini, apabila permainan yang dimain oleh mereka mendapat pujian oleh si ibu malah digalakkan untuk bermain pada setiap hari.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Liza, awalnya dia dapat merasakan ketiga-tiga anaknya itu seperti sedang melakukan sesuatu perkara semasa berada di ruang tamu.

Dia kemudian bertanya kepada ketiga anaknya itu apakah yang dilakukan oleh mereka? Salah seorang anak lelaki dikenali sebagai Amin memaklumkan mereka sedang bermain ‘kemas-kemas rumah’.

Setiap individu ada tugas masing-masing

Malah turut kelihatan sewaktu menjawab persoalan si ibu, Amin sedang menyapu sampah yang berada di atas lantai.

Amin kemudiannya menjelaskan kepada si ibu, adik lelakinya iaitu Aman pula mempunyai tugas mengemas pakaian yang berada di dalam bakul, manakala adik perempuannya, Amanda pula akan menyepahkan rumah tersebut.

“Oh bukan korang main rumah-rumah? Ibu baru nak marah korang main rumah-rumah. Oh korang main kemas-kemas rumah. Awak (Amin) pengemas rumah, alhamdulillah. Aman buat apa? Oh kemas kain, kau (Amin) kemas rumah.

“Amanda sepah rumah? (Amin mengangguk menjawab soalan ibunya). Amin dan Aman, ibu izinkan korang selalu main permainan ni okay. Faham tak?

“Korang boleh main permainan ni setiap hari,” kata si ibu.

Malah ketika ibu bertanya dari mana dia (Amin) menjumpai sampah yang telah disapu itu, Amin mengatakan di celah-celah sofa. Si ibu kemudiannya mengalakkan anak-anaknya untuk terus bermain permainan tersebut.

@lizalisa1993

memang semua ibu ibu suka kalau anak main mainan yang anak ibuza main ni kan???? wehhh main kemas kemas rumah kot…besttt tau tau rumah Setel di kemasnyee #perangai #karenah #perangaianak #main #mainananak #mainrumahrumah #kemasrumah #terimakasih #terimakasihtiktok🙏🏼🥰 #alhamdulillah #adikberadik #ibuzatiktoker #ibuza @🍉IBUZ∆🍉 @ibuza empire @NorlizaRahman🔥

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Ibu teruja anak main permainan kemas rumah, ramai terhibur dan mahu dijadikan trend

Turut kedengaran suara ibu begitu teruja apabila mengetahui permainan yang dimain oleh tiga orang anaknya itu.

“Memang semua ibu-ibu suka kalau anak main mainan yang anak ibuza (Liza) main ni kan? Weh main kemas rumah kot, best tau, rumah settle (selesai) dikemasnya,” kata ibu di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang turut terhibur apabila melihat anak-anak Liza bermain permainan tersebut.

Ada juga pengguna yang mengatakan ia patut dijadikan sebagai ‘trend’. Tidak kurang juga ada yang berkongsi anak mereka juga bermain permainan sama namun hanya mengemas mainannya sahaja.

Selain itu, ada yang berpendapat permainan tersebut secara tak langsung membantu meringankan beban si ibu dalam mengemas rumah.

“Seronok dapat anak suka main kemas rumah ni”

“Bahagia mak dia dapat anak macam ni”

“Bahagia eh ibu, settle satu tugas sebab anak main kemas-kemas rumah.”

“Wah bagus lah mainan di luar kotak pemikiran. Dik mari main dekat rumah akak, nanti akak belanja ais krim.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.