fbpx
Now Reading
“Mana Pihak Bertanggungjawab?” – Lelaki Persoal Lepas Lihat Batang Paip Terkeluar Dari Jalan Utama [Video]

“Mana Pihak Bertanggungjawab?” – Lelaki Persoal Lepas Lihat Batang Paip Terkeluar Dari Jalan Utama [Video]

Difahamkan, batang paip yang terkeluar itu terjadi berhampiran Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan kemalangan jalan raya lazimnya berpunca daripada sikap individu itu sendiri.

Namun, sebenarnya ada faktor lain yang turut menjadi penyumbang kepada insiden berkenaan antaranya seperti cuaca atau keadaan sekeliling. Sudah semestinya faktor sebegini berada di luar kawalan pengguna.

Malah, kadang kala ia memerlukan campur tangan pihak berwajib bagi menyelesaikan isu terbabit daripada terus menjadi punca kemalangan jalan raya.

Lelaki Kongsi Batang Paip Terkeluar Di Jalan Utama Kuala Lumpur

Itulah yang dikongsikan oleh seorang penunggang motosikal apabila dia menemui sebatang besi yang dipercayai batang paip terkeluar berhampiran Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @syhdakml, pengguna yang merupakan rider penghantar makanan itu menunjukkan keadaan batang besi yang dilihat terkeluar dan boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal.

Risau dengan keadaan berkenaan, dia mempersoal tindakan pihak berwajib dalam menangani isu batang besi tersebut.

“Ini kenapa ada satu batang besi atau batang paip dekat sini? Mana jalan tar dia? Ini (paip dijumpai) laluan daripada Brickfields.

“Mana Jabatan Kerja Raya (JKR), mana semua yang buat kerja ini. Ini kalau jatuh atau apa-apa hal, berdarah tahu, boleh accident (kemalangan), bahaya,” katanya.

Batang Paip Terkeluar Bukan Perkara Baharu Namun Semakin Membahayakan

Bercerita kepada BuzzKini, dia yang sering menggunakan laluan berkenaan sebelum ini menyedari batang paip tersebut hanya terkeluar sedikit namun kali ini hampir kesemuanya jelas kelihatan.

“Tolong pihak berkuasa ambil tindakan segera ye,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@syhdakml

tolong pihak berkuasa ambil tindakan segera ya. #dbkl #jkr

♬ original sound – Syahid Akmal – Syahid Akmal

Ramai Risau & Mahu Pihak Berwajib Lakukan Sesuatu

Video yang telah mendapat lebih sejuta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti mereka turut mempunyai pendapat sama dengan pengguna berkenaan dengan risau melihat keadaan batang paip yang terkeluar itu.

Bagi mereka, keadaan itu sudah semestinya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain khususnya penunggang motosikal ketika melalui jalan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang meminta pengguna berkenaan untuk membuat aduan kepada pihak berkaitan sama ada JKR atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menangani isu berkenaan.

Cara Buat Aduan Jalan Rosak Di Kuala Lumpur

Sekadar info, jika anda melalui atau terjumpa jalan yang rosak di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh membuat aduan melalui saluran seperti berikut:

  1. Jabatan Kerja Raya (JKR)

2. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL)

  • WhatsApp ‘Aduan Potholes DBKL di 011 62396652 ( https://wa.link/jobdg3‘)
  • Laman web aduan iSPAAA DBKL
  • Hotline DBKL di talian 1 800 88 3255
  • Sistem Pengaduan Awam DBKL
  • Aplikasi i-Tegur (KPKT)
  • Aduan bersemuka di Pejabat Cawangan DBKL

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Jabatan-Jabatan Bab Jalan Ini, Tak Da Pasukan Peronda Ke? Pantau Jalan, Buat Report, Lepastu Selesaikan”

“Lepastu Orang Dah Accident, Cakap Kita Bawa Laju, Lepas Tu Nak Saman, Tak Nak Bayar Balik”

“Sini 5 Tahun Lepas Pun Macam Ni Bang, 2 Kali Saya Tersungkur Dekat Situ”

“Kalau Viral Macam Ni Tak Baiki Lagi Tak Tahu Nak Cakap Apa, Mungkin Kena Tunggu Kelulusan Yang Ke Berapa”

“Kalau Tak Viral, Kerja Tak Jalan. Kalau Tak Dipanggil, Tak Nampak Kerja. Mana La Pihak Bertanggungjawab”

Baca Artikel Berkaitan: Ngeri! Tular Batang Besi Melayang Tertusuk Cermin Hadapan Kereta Di Atas Highway [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Parah Perut Tertusuk Batang Buluh Selepas Rempuh 4X4 Parkir Tepi Jalan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.