fbpx
Now Reading
Pemuda Terkejut Al-Quran & Kitab Agama Tak Basah Walaupun Rumah Ditenggelami Banjir

Pemuda Terkejut Al-Quran & Kitab Agama Tak Basah Walaupun Rumah Ditenggelami Banjir

Menurut mangsa banjir yang dikenali sebagai Nabil, dia tidak sempat berbuat apa-apa termasuklah mengangkat empat kotak yang mengandungi beberapa naskhah al-Quran dan kitab agama di rumahnya ke tempat yang lebih tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa minggu lalu, kebanyakan negeri di Malaysia khususnya di Pantai Timur mengalami banjir akibat cuaca hujan lebat yang berterusan.

Keadaan ini menyebabkan beberapa kawasan dan kediaman ditenggelami air hingga sesetengah penduduk terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Lebih teruk, ada harta benda milik mangsa turut musnah dan mengalami kerosakan akibat daripada banjir tersebut.

Namun pada ketika ini, dapat dilihat beberapa kawasan yang terlibat telahpun pulih dan kebanyakan mangsa sedang dalam fasa membersihkan kediaman mereka.

Al-Quran & Kitab Tidak Basah Ketika Walaupun Ditenggelami Banjir

Namun siapa sangka, dengan kuasa Allah, al-Quran dan kitab agama milik seorang pemuda langsung tidak basah walaupun kediamannya ditenggelami banjir pada minggu lepas.

Kejadian unik itu diceritakan sendiri oleh mangsa banjir yang dikenali sebagai Nabil Suhaid Farizan selepas rumahnya di Taman Tabung Haji, Kepala Batas ditenggelami banjir hingga paras 0.5 meter pada minggu lalu.

Jelas pemuda berkenaan, dia terkejut melihat beberapa al-Quran dan kitab agama miliknya masih berada dalam keadaan baik walaupun selepas rumahnya ditenggelami air.

Tambah Nabil yang berusia 30 tahun, dia tidak sempat berbuat apa-apa termasuklah mengangkat empat kotak yang mengandungi beberapa naskhah tersebut ke tempat yang lebih tinggi.

“Dalam hati, memang risaukan al-Quran dan kitab agama yang tidak dapat diselamatkan dan saya bertawakal kepada ALLAH SWT.

“Al-Quran berkenaan amatlah istimewa terutamanya satu naskhah yang saya talaqqi dengan seorang syeikh buta,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Pulang Ke Rumah Selepas 4 Hari, Bahagian Luar Kotak Dalam Keadaan Basah

Cerita pemuda itu lagi, dia kemudiannya pulang ke rumah pada hari keempat selepas air banjir berkenaan surut untuk mencuci dan mengemas pelbagai barang rumahnya yang tenggelam.

Dia yang memeriksa kotak-kotak yang mengandungi naskhah al-Quran dan kitab agama kemudiannya mendapati bahagian luarnya dalam keadaan basah.

“Bagaimanapun, saya dapati al-Quran dan kitab agama disimpan dalam kotak masih keadaan baik dan tidak basah,” ujarnya.

Terkejut & Kagum Dengan Kebesaran Allah

Terkejut dengan kejadian yang dilihatnya, Nabil terus memberitahu dan menunjukkan kitab berkenaan kepada ibu serta jirannya yang tinggal berhampiran. Mereka juga tidak terkecuali turut terkejut melihat insiden berkenaan.

“Ini kali pertama, saya berhadapan pengalaman sebegini, sekali gus menyifatkan ia sebagai bukti kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT,” jelasnya lagi.

Sehingga kini, dia masih lagi tidak dapat melupakan pengalaman menakjubkan itu walaupun banjir telah pulih sepenuhnya di kawasan perumahannya.

Foto: Sinar Harian

Baca Artikel Berkaitan: Stoking Kalimah Allah: Pengasas KK Mart Didakwa, Hadapi Tuduhan Lukakan Perasaan Umat Islam

Baca Artikel Berkaitan: Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.