fbpx
Now Reading
Tular Bendera Malaysia Pada Jersi Lee Zii Jia Terbalik, Victor Tampil Mohon Maaf

Tular Bendera Malaysia Pada Jersi Lee Zii Jia Terbalik, Victor Tampil Mohon Maaf

Menurut VICTOR, kesilapan terbabit tidak mencerminkan rasa hormat mereka terhadap Malaysia, lambang negara tau penghormatan mewakili negara di pentas global.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (11 Disember), kecoh di media sosial selepas bendera Malaysia yang ada di jersi pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dilihat terbalik.

Perkara itu berlaku semasa Perlawanan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berlangsung pada hari tersebut.

Penularan foto tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial di mana ada segelintir mengkritik pemain badminton dan ada juga yang percaya ianya berlaku tanpa disengajakan.

Cakna dengan isu tersebut, penaja Lee Zii Jia, Victor tampil memohon maaf atas kesilapan meletakkan bendera Malaysia secara terbalik.

Kesilapan itu tidak cerminkan rasa hormat VICTOR kepada Malaysia

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasminya semalam, syarikat peralatan sukan badminton itu menyatakan kesilapan terbabit tidak mencerminkan rasa hormat mereka terhadap Malaysia, lambang negara atau penghormatan mewakili negara di pentas global.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan yang dipamerkan pada jersinya semasa Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF hari ini.

“Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti, dan kami amat kesal dengan sebarang rasa tidak hormat yang tidak disengajakan disebabkan kesilapan ini,” katanya.

VICTOR jalankan pemeriksaan menyeluruh, elak kesilapan sama berulang

Menurutnya, pihak syarikat itu juga sedang menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh bagi memastikan kesilapan sedemikian tidak berulang.

Sebelum ini, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kesal berhubung bendera Malaysia yang diletakkan secara terbalik itu.

Mereka turut berpendapat elemen penting pada jersi iaitu bendera negara tidak sepatutnya diambil ringgan oleh pihak yang menguruskannya.

Namun, ada netizen mendakwa, Lee sudahpun menukar jersinya sebaik memasuki set kedua.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.