“Rasanya Enak, Ayuh Coba” – Wanita Di Indonesia Makan ‘Wet Food’ Kucing, Buat Ramai Loya [Video]
Dalam video tersebut, wanita itu sedikit pun tidak kelihatan seperti loya dengan makanan kucing itu, bahkan dilihat sungguh berselera menjamahnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan rakyat di Malaysia amat menggemari kucing kerana sifatnya yang sangat comel dan menghiburkan, malah ramai yang memilih untuk menjadikan si bulus itu sebagai haiwan peliharaan.
Maka tidak hairanlah jika di negara ini hampir keseluruhan pasaraya mahupun kedai runcit pasti akan menjual makanan kucing.
Malah, ada segelintir orang yang ‘terliur’ melihat makanan kucing memandangkan bahan yang digunakan adalah seperti ikan salmon, ikan tuna dan sebagai, namun tidaklah tergamak untuk memakannya.
Wanita Indonesia selamba jamah makanan kucing, dakwa rasa sedap
Pun begitu, lain pula dengan seorang influencer Indonesia ini apabila dia dilihat dengan selamba memakan makanan kucing kepunyaan haiwan peliharaannya yang dikenali sebagai Bubul.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mbulthecat, wanita terbabit dilihat mengigit sedikit isi yang ada di dalam pek ‘wet food’ kucing jenama Catto sebelum memberikannya kepada Bubul.
Wanita terbabit mendakwa bahawa wet food itu berasa sedap selain meminta orang lain turut mencubanya agar dia tidak kelihatan janggal.
“Rasanya sedap, ayuh cuba juga supaya saya tidak sendirian,” tulisnya di dalam video.
Siap makanan makanan kucing dengan mi segera
Lebih mengejutkan, wanita itu menuang kesemua makanan kucing berkenaan ke dalam pinggan berisi mi segera sebelum mengaul dan memakannya.
“Rasanya betul sedap, macam daging ikan ada bau ikannya, tapi rasanya sedap seperti makanan Jepun,” tulisnya lagi.
Dalam video tersebut, dia sedikit pun tidak kelihatan seperti loya dengan makanan itu, bahkan dilihat sungguh berselera menjamahnya.
TikTok Catto Indonesia tunjuk manusia makan makanan kucing
Dalam pada itu, semakan kami di akaun TikTok @catto_catfood mendapati bahawa kandungan di dalam pek makanan kucing daripada jenama tersebut adalah 100% ‘human-grade’.
Bahkan, mereka turut memuat naik video yang memaparkan beberapa staf daripada syarikat makanan kucing itu yang menjamahnya bersama nasi.
Memetik PetMd, ‘human-grade’ bermaksud semua bahan di dalam makanan kucing selamat untuk dimakan oleh manusia.
Jika di Amerika Syarikat, pengiktirafan ‘human-grade’ akan diberikan sekiranya bahan-bahan dan keseluruhan produk yang dihasilkan, dibungkus, disimpan, dibawa dan sebagainya mengikut peraturan USDA (United States Department of Agriculture) dan FDA (Food and Drug Administration).
Netizen beri pelbagai reaksi, persoal kesan terhadap kesihatan manusia
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video wanita itu memakan makanan yang dibuat khusus untuk haiwan.
Kebanyakan orang mempersoal sama ada tindakan itu tidak memberi kesan mudarat terhadap kesihatan manusia.
Tidak kurang juga yang memberikan komen menghiburkan seperti berseloroh dengan menyatakan wanita itu akan bertukar sikapnya seperti seekor kucing.