fbpx
Now Reading
Sayang Nombor Plate Lama? Ini Cara Pindah Ke Kenderaan Baru [Video]

Sayang Nombor Plate Lama? Ini Cara Pindah Ke Kenderaan Baru [Video]

Menurut penasihat jualan Perodua itu, setelah selesai urusan di Puspakom bersama kenderaan lama, pemilik perlulah mendaftar kereta baru di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan individu yang mempunyai atau pernah memiliki kenderaan lama sudah pasti ada menyimpan pelbagai kenangan mahupun sejarah bersama kereta tersebut bukan?

Mungkin nombor pendaftaran yang ada pada kereta lama itu merupakan sesuatu yang bermakna seperti tarikh ulang tahun atau hari lahir.

Bagaimanapun, tidak dinafikan kereta lama ini memerlukan kos yang amat tinggi untuk dijaga dan dibaiki, maka kebanyakan orang akan memilih untuk membeli kenderaan baru, namun ada yang sayangkan nombor plat pendaftaran (nombor plate) lama bukan?

Penasihat jualan Perodua ajar cara pindahkan nombor plate ke kereta baru

Susulan itu, seorang penasihat jualan Perodua yang dikenali sebagai Zaidi Kasman tampil menjelaskan cara dan caj dikenakan jika anda ingin menukar nombor pendaftaran daripada kereta lama kepada kereta baru.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@zaidikasma), Zaidi berkata perkara pertama yang harus dilakukan adalah membawa kereta lama ke Puspakom untuk laporan pemeriksaan (B2).

Menurutnya, bagi laporan pemeriksaan B2, caj yang akan dikenakan adalah RM35 dan sekitar RM150 jika menggunakan perkhidmatan ‘runner’.

Selesai urusan kereta lama di Puspakom, daftar pula kereta baru di JPJ

Ujar Zaidi, setelah selesai urusan di Puspakom bersama kenderaan lama, pemilik perlulah mendaftar kereta baru di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara sendiri.

Jelasnya, anggaran kos yang akan dikenakan seperti caj cukai jalan, caj pendaftaran, pemilikan sewa beli (HP Ownership) dan caj penukaran adalah sekitar RM500.

Menurutnya lagi, jumlah caj yang dikenakan itu perlulah dibayar di kaunter JPJ sahaja dan kosnya ditanggung oleh pemilik, bukannya pihak syarikat pengeluar kenderaan.

Borang yang perlu disediakan semasa daftar kereta baru

Antara borang yang perlu disediakan semasa mendaftar kereta baru adalah seperti berikut:

  1. Kad pengenalan diri (IC) atau MyKad
  2. Geran kereta lama
  3. Borang K1 (akan diberi oleh syarikat pengeluar kenderaan)
  4. Laporan Puspakom kereta lama (B2)
  5. E-hak milik (loan) kereta baru
Contoh borang K1

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk di laman web JPJ atau klik di sini.

@zaidikasman

Pindah nombor kereta lama ke kereta baru

♬ Victory(完整版) – Two Steps From Hell
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.