“Terus Jadi Snow White” – Lelaki Tak Sengaja Tercat Katak Ketika Buat Garisan Padang Buat Ramai Terhibur [Video]
Difahamkan, cat putih pada katak berkenaan telah pun dicuci oleh pekerja itu dan telah kembali kepada warna asal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila sedang fokus bekerja, sudah pastilah apa yang berlaku di sekeliling kita tidak akan sedari.
Sampaikan ada orang yang terpaksa ditegur oleh rakan sendiri tentang apa yang berlaku dek kerana keasyikan bekerja itu.
Tapi dalam pada fokus melakukan tugasan, ada kalanya kita tetap melakukan kesilapan yang kadangkala kita sendiri tidak jangka.
Lelaki Tercat Katak Warna Putih Ketika Sedang Buat Garisan Padang
Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki apabila dia tidak sengaja tercat katak ketika sedang membuat garisan padang.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @wan_utai, dapat dilihat seekor katak dipenuhi cat berwarna putih.
Difahamkan pada ketika itu, lelaki berkenaan sedang menjalankan kerja persediaan padang stadium di Arena Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Jitra, Kedah.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat katak berkenaan terus berubah warna menjadi putih berbanding warna asalnya iaitu, hijau.
Mohon Maaf Kepada Katak, Siap Mandikan Haiwan Berkenaan
Malah, kedengaran pekerja itu turut memohon maaf kepada haiwan tersebut dan mempersoal mengapa katak itu berada di padang tersebut.
Lebih menhiburkan, katak itu dilihat hanya terkaku dan tidak bergerak selepas dirinya bertukar berwana putih.
“Minta maaf banyak-banyak katak. Aku tak tahu. Tak nampak hang. Hang pun tak pi (pergi) mana-mana dok tang ni je,” kata lelaki itu.
Difahamkan, cat pada haiwan berkenaan telah pun dicuci oleh pekerja itu dan telah kembali kepada warna asal.
“Minta maaf banyak-banyak. Aku tak nampak hang (katak) sungguh. Apa pun aku bagi mandi hang tadi,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.
Bercerita kepada BuzzKini, pengguna berkenaan sememangnya tidak sedar dengan kewujudan haiwan terbabit ketika melakukan kerja-kerja di padang tersebut.
Malah, dia pada mulanya menyangka haiwan berkenaan hanya sehelai daun kering disebabkan tiada pergerakan yang dikesan sebelum menyedari dia sebenarnya telah mengecat seekor katak.
Ramai Terhibur Lihat Katak Berubah Jadi Warna Putih
Video yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Majoriti daripada mereka terhibur melihat katak yang berubah 100% menjadi warna putih itu hingga ada yang berseloroh menggelarkan haiwan berkenaan sebagai katak albino.
Tidak kurang juga ada yang turut sama bimbang dan mengenangkan nasib katak berkenaan sekiranya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan sedemikian.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Terus Jadi Snow White”
“Saya Ni Tengah Sedih, Lalu Pula Video Ni Tak Jadi Sedih”
“Kalau Katak Ni Balik Kampung, Confirm Orang Tanya Pakai Produk Apa”
“Kesian Katak Tu Jadi Putih”
“Menung Kawan Fikir Macam Mana Nak Balik Rumah, Nanti Anak Bini Tak Kenal Dah”
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Lawak Wey!” – Badan Anjing Dicat Seakan Harimau Belang, Ramai Luah Rasa Simpati [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Di Indonesia Tenang Buat Reviu Ketika Dipatuk Ular Undang Perhatian Ramai [Video]