fbpx
Now Reading
“Baru Nak Pakai Kasut?” – JPJ Johor Saman Pemandu Bas Pandu Di Lorong Kanan Secara Berterusan [Video]

“Baru Nak Pakai Kasut?” – JPJ Johor Saman Pemandu Bas Pandu Di Lorong Kanan Secara Berterusan [Video]

Difahamkan, pemandu kenderaan berat yang memandu di lorong kanan secara berterusan adalah satu kesalahan di bawah Kaedah 4A Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peraturan dan undang-undang jalan raya yang ada di Malaysia diwujudkan untuk memastikan keselamatan pengguna termasuk pemandu kenderaan, penunggang motosikal dan pejalan kaki.

Bagaimanapun, tidak dinafikan sehingga hari ini masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab enggan mematuhi undang-undang ini.

Susulan itu, pihak berkuasa daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahagian Trafik serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan pemantauan dan operasi bagi mengambil tindakan terhadap golongan sebegini.

Tular JPJ Johor tahan beberapa bas semasa lakukan rondaan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang angota JPJ Bahagian Penguatkuasaan negeri Johor menahan beberapa bas semasa sedang melakukan rondaan di sebuah kawasan jalan raya di negeri itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @enforcement.jpj.johor, rondaan itu dilakukan untuk menahan pemandu atau penunggang motosikal yang melakukan tujuh kesalahan utama yang tidak dibenarkan kompaun.

7 kesalahan utama itu adalah:

  1. Memotong barisan
  2. Memotong di garisan berkembar
  3. Tidak mematuhi isyarat lampu merah
  4. Memandu melebihi had laju
  5. Penggunaan telefon bimbit semasa memandu
  6. Tidak memakai tali pinggang atau topi keledar
  7. Memandu di lorong kecemasan

Disaman JPJ kerana pandu bas di lorong kanan secara berterusan

Bagaimanapun, semasa rondaan, terdapat beberapa buah bas yang dilihat memandu secara laju di lorong paling kanan jalan raya berkenaan secara berterusan.

Difahamkan perkara itu merupakan satu kesalahan di bawah Kaedah 4A Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 iaitu memandu secara berterusan di lorong kanan.

Susulan itu, anggota terbabit telah bertindak menahan dan memberikan saman dengan jumlah RM300 kepada pemandu-pemandu bas terbabit.

Ada yang minta ‘settle tepi’ dan ada pula yang baru nak pakai kasut

Apa yang lebih mencuri tumpuan, terdapat juga pemandu bas yang dilihat cuba meminta pihak berkuasa terbabit untuk menyelesaikannya secara ‘settle tepi’.

Namun, anggota berkenaan menolaknya selain menyatakan kepada pemandu itu terdapat kamera di atas topi keledarnya yang sedang direkod semasa dia menjalankan tugas.

Tidak hanya itu, terdapat juga pemandu bas yang ingin memakai kasut setelah ditahan oleh anggota JPJ terbabit, dia dipercayai hanya memandu dengan memakai selipar sahaja.

Memetik FMT, seorang jurucakap JPJ pernah menyebut bahawa, pemandu PSV (Public Service Vehicle) perlu memakai kasut semasa memandu atau boleh berdepan saman sebanyak RM150.

Kenderaan berat tak boleh pandu di lorong kanan secara berterusan

Sekadar info, mengikut undang-undang, kenderaan berat seperti bas dan lori sememangnya tidak dibenarkan untuk memandu di lorong kanan secara berterusan kecuali memotong.

Hal ini kerana tindakan sedemikian bukan sahaja boleh mengganggu aliran trafik, malah membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Respon Pemandu Lori Lepas Ditegur Anggota JPJ Kerana Main Telefon Bimbit Ketika Memandu Buat Ramai Geram [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.