Anak Mengusik Dalam Draf Jemputan Kahwin, Respon Ibu Ini Buat Ramai Geli Hati [Video]
Menerusi video yang tersebut, kelihatan Hafiz sengaja mengusik ibunya dengan menyifatkan adik perempuannya seorang yang cantik, putih gebu dan menawan dalam jemputan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap ibu bapa pasti berasa seronok dan teruja apabila ingin melakukan kenduri untuk meraikan perkahwinan anak tersayang.
Oleh itu, mereka tentu ingin menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan rapat untuk hadir ke majlis raja sehari berkenaan.
Namun di zaman teknologi kini, rata-rata tidak lagi menggunakan kad kahwin, sebaliknya jemputan dihantar menerusi aplikasi dan juga kiriman mesej menggunakan WhatsApp.
Anak sengaja mengusik ibu ketika buat draf jemputan kahwin raih perhatian
Perkara sama turut ingin dilakukan oleh seorang ibu ini apabila menggunakan WhatsApp untuk menghantar jemputan majlis perkahwinan anaknya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Hafiz di TikTok, awalnya kelihatan dia menghantar satu draf jemputan perkahwinan adik perempuannya kepada ibu untuk semakan.
Namun respon ibu terhadap draft tersebut telah mencuit hati ramai selepas dia menyatakan ketidak selesaaannya terhadap kata-kata yang ditulis dalam jemputan itu.
“Saya, Encik Khosni Bin Mansor dan isteri, Puan Rohana Binti Baharin menjemput keluarga dan rakan yang kami kasihi ke majlis resepsi puteri kami yang cantik, putih gebu, menawan. Memang berbaloi,” tulis Hafiz dalam jemputan itu untuk mengusik ibunya.
Minta padam perkataan ‘gebu-gebas’ dalam jemputan
Sebaik membacanya, si ibu kemudian meminta Hafiz untuk memadamkan perkataan ‘cantik, putih gebu dan menawan. Memang berbaloi’ kerana terlalu berlebihan.
“Yang tu okay lah. Abang kau delete balik yang gebu gebas tu bang. Gedik betul aku tengok ‘berbaloi’, berbaloi apa bendanya? Macam orang lain tak ada kahwinkan anaknya.
“Ibu je yang kahwinkan anak tu, beria-ria memuji anak tu gebu-gebas. Kau potong tu bang. Aku ni nak jemput ke Leman lah, sedara-mara. Dia (abang) buatnya begitu rupa, kau potong bang, kau potong,” balas si ibu apabila diusik oleh anak lelakinya.
Di ruangan kapsyen, Hafiz mengatakan respon si ibu adalah sebab mengapa dia suka menyakat wanita kesayangannya itu.
Ramai geli hati dengar respon ibu ketika disakat oleh anak
Melihat di ruang komen, ramai yang turut geli hati mendengar respon si ibu apabila disakat oleh anak lelakinya itu.
Tidak kurang juga ada yang suka mendengar suara ibu Hafiz yang bercakap dengan loghat Perak. Malah ada yang meneka loghat tersebut kebiasaannya digunakan oleh mereka yang berasal dari Teluk Intan.