![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/12/Mercedes-terbakar_1-1-720x420.jpg)
Pemandu Mercedes Terbakar Di Plaza Tol Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kemalangan Langgar Lari
Pemandu tersebut ditahan selepas disyaki terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal semalam (15 Disember) di Lebuhraya SPE.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (15 Disember), tular di media sosial video sebuah kereta mewah terbakar sepenuhnya dalam kejadian di Kilometer 18 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju.
Difahamkan, kereta jenis Mercedes Benz 450 musnah akibat daripada kebakaran tersebut namun pemandu kereta mewah itu dilaporkan selamat.
Pada mulanya ramai yang menzahirkan rasa simpati serta ada yang mempersoal kemampuan kereta tersebut hingga ia boleh terbakar sepenuhnya.
Namun, rasa simpati terhadap pemandu kereta Mercedes berkenaan berubah selepas timbul dakwaan dia sebelum itu terlibat dalam satu kemalangan langgar lari.
Pemandu Kereta Didakwa Terlibat Dengan Kemalangan Langgar Lari Penunggang Motosikal
Menerusi hantaran di platform X, seorang pengguna mendakwa pemandu kereta itu sebenarnya telah terlibat dalam kemalangan langgar lari melibatkan seorang penunggang motosikal sebelum kejadian keretanya terbakar.
Ia berikutan nombor pendaftaran kereta Mercedes tersebut sama dengan nombor pendaftaran kereta yang melanggar penunggang motosikal berkenaan.
Kereta yg sama langgar lari adik kawan kiteorg. Semoga adiknya cepat sihat, sebab keadaan agak teruk https://t.co/ANiMqSycmU pic.twitter.com/niWQThEz9C
— 🏴mustakim ismail 🏴 (@mustakim_ismail) December 15, 2024
Melalui rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dan gambar yang dikongsikan di akaun X @mustakim_ismail, dia mendakwa kereta mewah itu merupakan kenderaan yang sama telah melanggar adik kawannya di Lebuhraya SPE kira-kira jam 12.58 tengahari.
Kereta yg sama langgar lari adik kawan kiteorg. Semoga adiknya cepat sihat, sebab keadaan agak teruk https://t.co/ANiMqSycmU pic.twitter.com/niWQThEz9C
— 🏴mustakim ismail 🏴 (@mustakim_ismail) December 15, 2024
Abang Ipar Turut Sama Kongsi Maklumat Kemalangan, Mohon Orang Ramai Cari Pelaku
Bukan itu sahaja, abang ipar kepada penunggang motosikal itu turut sama berkongsikan maklumat berhubung kejadian berkenaan bagi mencari si pelaku yang terlibat melanggar adik iparnya itu di Facebook Bazly Baly.
“Assalamualaikum, tengahari tadi adik ipar saya dilanggar lari oleh kereta Mercedes berplat nombor AMG 19** di SPE Highway dan sekarang adik ipar saya di kecemasan HKL.
“Kami dapat makluman yang kereta Mercedes AMG 19** ni terbakar di Tol Wangsa Maju selepas hit and run adik ipar saya. served him right m*faka!
“Kalau ada sesiapa info owner AMG 19** mohon DM atau PM saya ya. Laporan polis juga telah dibuat. Saja nak kenal siapa owner yang pu*sy hit and run ni,” tulisnya.
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/12/v1-mercedes-langgar-tol-591x1024.jpeg)
Penunggang Motosikal Berada Dalam Keadaan Kritikal
Menerusi satu temu bual Astro Awani bersama kakak mangsa yang dikenali sebagai Syahrizah Saini, dia mendedahkan adiknya kini berada dalam keadaan kritikal di HKL.
“Doktor kata muka dia memang hancur. Dekat dahi memang ada lubang. Darah tak berhenti. Doktor terpaksa beri ubat untuk hentikan darah.
“Yang paling teruk impak pada muka dan kepala. Pada ketika ini dia (mangsa) masih tak stabil, dia macam tak ingat benda,” katanya lagi.
Suspek Pada Mulanya Tak Mengaku Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya
Malah, Syahrizah turut mendedahkan bahawa sebaik sahaja dia membuat laporan berhubung kemalangan adiknya itu, pihak polis terkejut dan tidak menyangka ia mempunyai kaitan dengan pemandu kereta Mercedes terbabit.
Dakwa Syahrizah lagi, pemandu kereta berkenaan pada mulanya tidak mengaku terlibat dengan kemalangan jalan raya selepas dihubungi oleh pihak polis.
Namun, dia akhirnya bertanyakan keadaan penunggang motosikal berkenaan selepas pihak polis memberitahu adanya bukti kepada pemandu kereta terbabit.
Malah dakwa kakak mangsa itu lagi dalam temu bual tersebut, pemandu berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke balai polis semalam.
Pemandu Mercedes Telah Direman
Terbaharu, polis telah menahan pemandu kereta tersebut selepas disyaki terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal semalam (15 Disember) di Kilometer 18 Lebuhraya SPE berhampiran Plaza Tol Chan Sow Lin.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 12.35 tengahari melibatkan seorang lelaki yang berusia 34 tahun yang menunggang motosikal berwarna perak jenis Honda Vario 160.
“Siasatan awal mendapati motosikal itu yang berada di lorong kiri dilanggar kereta Mercedes GLE450 AMG Coupe yang dipandu lelaki tempatan berusia 34 tahun.
“Pemandu itu tidak berhenti selepas kemalangan sebaliknya meneruskan pemanduan ke arah Wangsa Maju sebelum kenderaannya terbakar di KM 18.1 berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.
Tambah Mohd. Zamzuri, penunggang motosikal berkenaan cedera di bahagian muka, kepala dan perut manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan.
“Permohonan reman ke atas pemandu kereta akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Toyota Vios Langgar Lari Motosikal Sehingga 2 Individu Tercampak Ke Jalan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Kereta Langgar Lari Motosikal Hingga Penunggang Terjatuh [Video]