Penduduk Di China Teruja Tonton Rakyat Malaysia Buat Tarian Tradisional, Siap Join Menari [Video]
Menerusi video tersebut kelihatan Aikah bersama rakannya dengan semangat melakukan tarian tradisional Melayu itu di kawasan khalayak ramai sehingga menjadi perhatian penduduk di China.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta kaya dengan budaya yang tersendiri.
Malah budaya ini juga menjadi identiti yang unik serta gaya hidup sesebuah masyarakat dalam negara berkenaan. Budaya dimaksudkan ini termasuklah dari segi agama, makanan, pakaian serta tarian.
Bukan hanya itu, budaya juga adalah salah satu cara untuk kita memperkenalkannya kepada orang ramai khususnya mereka yang berada di negara luar.
Wanita rakyat Malaysia buat tarian di tempat awam ketika berkunjung ke China
Baru-baru ini, beberapa wanita rakyat Malaysia telah bertindak melakukan tarian di tempat awam sewaktu berada di Hainan, China.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Aikah, awalnya kelihatan dia bersama seorang rakan sedang menari tarian tradisional dipercayai di sebuah kawasan awam.
Kelihatan dia lengkap memakai baju kurung serta sanggul di bahagian tudung sambil melakukan tarian tersebut serta diiringi lagu Dikir Puteri yang dinyanyikan Noraniza Idris.
Sewaktu sedang asyik menari, kelihatan mereka sedang diperhatikan oleh penduduk tempatan di sana.
Malah apa yang lebih mencuri perhatian, gelagat mereka menari itu secara tidak langsung membuatkan mereka yang menonton juga mahu menyertai mereka melakukan tarian tersebut.
Kelihatan aunty yang sertai cuba belajar tarian yang dibuat oleh Aikah dan rakannya
Bukan hanya itu, jumlah penonton yang menyertai mereka juga bertambah dan kelihatan penduduk di sana cuba untuk mempelajari setiap langkah tarian secara perlahan-lahan.
Selain itu, kelihatan orang ramai yang menyertainya turut tersenyum sepanjang cuba melakukan tarian tradisional yang berasal dari Malaysia.
Tidak lama kemudian, rakan-rakan Aikah tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam tarian tersebut dan terpapar wajah gembira sewaktu menari di negara berkenaan.
“Orang China sangat suka, sampai cakap ‘Malaysia hebat’ (dalam bahasa Cina). Dia orang sangat sporting dan ramah,” ujarnya lagi dalam kapsyen.
Siap pakai baju Puteri Perak
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, kelihatan Aikah bersama rakan-rakannya turut memakai baju tradisional Puteri Perak ketika menghadiri sebuah majlis di China.
Aikah juga mengatakan kerajaan China suka dengan senyuman dan reaksi wajahnya serta kagum dengan baju tradisi yang dipakainya ketika menghadiri majlis berkenaan.
Ramai bangga dan kagum dengan wanita dan rakan kerana perkenalkan tarian tradisional
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji dan bangga dengan Aikah dan rakannya kerana memperkenal dan meluaskan lagi budaya tradisional Melayu agar lebih dikenali di serata dunia.
Malah ada yang memuji baju kurung yang dipakai oleh Aikah sewaktu membuat tarian begitu cantik.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan Aunty yang menyertai mereka melakukan tarian tersebut comel dan cepat dapat menghafal langkah untuk menari.