fbpx
Now Reading
Suami Isteri Selamba Biarkan Sampah Depan Rumah Jiran Lepas Cuci Jalan Tar Undang Perhatian [Video]
jiran cuci jalan tar dekat depan pagar

Suami Isteri Selamba Biarkan Sampah Depan Rumah Jiran Lepas Cuci Jalan Tar Undang Perhatian [Video]

Menerusi video tular, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang mencuci jalan tar namun membiarkan air bertakung dan sampah seperti daun mati dan rumput bertaburan di hadapan rumah jirannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila hidup berjiran, antara aspek yang perlu dititikberatkan adalah sikap bertoleransi, timbang rasa dan menghormati antara satu sama lain.

Mana tidaknya, jika berlaku sesuatu kecemasan, dengan mereka ini anda akan meminta pertolongan. Bukan itu sahaja, anda juga pasti mahukan suasana yang tenteram dan harmoni apabila hidup bermasyarakat.

Namun semakin hari, ada sahaja kes pergaduhan atau salah faham berlaku di antara golongan tersebut sehinggakan ada yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bengang Jiran ‘Sumbat’ Sampah Dalam Kereta Akibat Salah Lot Parking, Pemuda Ini Buat Laporan Polis

Jiran Biarkan Air Bertakung & Sampah Bertaburan Depan Pagar Rumah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Chrislin (@chrislintan3172) menunjukkan sikap dua orang jirannya yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, kelihatan seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan suami isteri sedang mencuci jalan tar di hadapan pagar rumah.

Kelihatan wanita tersebut sedang menjirus air, manakala si suami mencuci jalan berkenaan menggunakan sebatang berus panjang. Air yang bertakung pula dihalakan ke arah longkang berdekatan.

Sumber: TikTok (@chrislintan3172)

Namun perkara yang membuatkan Chrislin tidak berpuas hati apabila jirannya bertindak membiarkan air cucian bertakung di hadapan pagar rumahnya. Ia sekaligus menyebabkan sampah seperti daun mati dan rumput-rumput terkumpul dan bertaburan sekitar rumah.

Dakwa Chrislin, pasangan suami isteri berkenaan melakukan perkara sama pada setiap hari. Menerusi semakan kami di akaun TikTok Chrislin, jirannya itu pernah tular beberapa kali kerana melakukan perbuatan serupa.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga mendakwa si jiran pernah membuang sampah ke dalam garaj miliknya.

@chrislintan3172

我的好邻居 My good Neighbour Jiran yang baik

♬ 原声 – CHRISLIN TAN 美玲

Ramai Kecewa Lihat Sikap Jiran Yang Tak Bertanggungjawab

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa melihat sikap jiran yang tidak prihatin terhadap kawasan sekitar.

“Haah. Bersihkan laman rumah sendiri je. Sampah lain yang buat biarkan kumpul depan rumah jiran, aduhai,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ada yang berkata sikap jiran sebegitu memang susah untuk ditegur.

“Kalau korang jumpa jiran macam ni, memang tak dapat nak buat apa. Saya pernah tinggal di rumah berlaman, jiran saya parkir betul-betul depan rumah sampaikan tak boleh nak keluar. Saya lebih rela tinggal di pangsapuri, kurang stres daripada macam ni,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ramai juga berkongsi kisah mereka menghadap jiran tetangga yang tidak mempedulikan tentang ketenteraman penduduk lain.

“Jiran aku sebiji macam ni. Jalan tar pun nak sapu, cuci letak sabun semua. Lepas tu air sabun tu memang lalu je depan rumah,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@chrislintan3172)

Lelaki Bengang Jiran Buang Sampah Dari Flat Hingga Cermin Kereta Pecah

Terdahulu, tular kes penghuni sebuah flat yang bertindak membuang sampah sesuka hati dari tingkat atas ke kawasan parkir sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan penduduk lain.

Menerusi klip video dikongsi, kelihatan cermin kereta itu retak akibat objek berwarna hitam manakala sampah dipercayai kuah kari bersepah di atas but kenderaan tersebut.

Jelas salah seorang penduduk, insiden sebegitu sering berlaku di pekarangan flat.

Sumber: TikTok (@ridhwan832)

Baca Artikel Berkaitan: “Selalu Depa Baling” – Lelaki Kecewa Jiran Buang Sampah Dari Flat Hingga Cermin Kereta Pecah

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Tekan Hon Kereta Tanpa Henti Gara-gara ‘Disidai’ Rakan Dikecam Orang Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.