fbpx
Now Reading
“Tak Boleh Caj RM18, Terlalu Mahal” – Restoran Uncle Roger Di MyTown Lebih Murah Berbanding Pavilion [Video]

“Tak Boleh Caj RM18, Terlalu Mahal” – Restoran Uncle Roger Di MyTown Lebih Murah Berbanding Pavilion [Video]

Menurut Uncle Roger, harga nasi goreng di MyTown adalah lebih murah kerana persekitaran kawasan tersebut tidak sama seperti di Pavilion Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Uncle Roger, sudah pasti kebanyakan orang mengetahui ‘comedian’ dari Malaysia yang menetap di Log Angeles, Amerika Syarikat (AS) ini.

Bahkan ramai sudah tahu bahawa pelawak ‘standup comedy’ itu telah membuka restoran pertamanya, ‘FUIYOH! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur.

Bertempat di tingkat tujuh pusat membeli-belah itu, FUIYOH! It’s Uncle Roger telah dibuka sejak 11 September lalu dan mendapat sambutan yang luar biasa sehingga hari ini.

FUIYOH! It’s Uncle Roger buka cawangan di MyTown

Terbaharu, Uncler Roger atau nama sebenarnya Nigel Ng telah membuka cawangan restoran baharunya pula di pusat membeli-belah, MyTown pada semalam (15 Disember).

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram, hari pertama pembukaan cawangan baharu itu di Tingkat 1 MyTown telahpun mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai yang ingin mencuba pelbagai menu nasi goreng.

Difahamkan, selain Pavilion Kuala Lumpur dan MyTown, FUIYOH! It’s Uncle Roger akan melebarkan lagi sayapnya dengan membuka beberapa cawangan baharu akan datang.

Nasi goreng FUIYOH! It’s Uncle Roger di MyTown lebih murah berbanding Pavilion

Sementara itu, apa yang menarik perhatian bagi cawangan baharu restoran Uncle Roger di MyTown adalah harganya yang dikatakan lebih murah berbanding di Pavilion Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok @bestfoodmy, Uncle Roger berkata ini kerana kawasan tersebut tidak sama seperti Pavilion yang lebih tertumpu kepada golongan-golongan kaya.

“MyTown bukan Pavilion, kalau di Pavilion ada Gucci, Luis Vuitton dan Hermes Paris, tapi MyTown ada F.O.S, Focus Point dan Mr D.I.Y.

“Tak boleh caj RM18, terlalu mahal,” katanya sambil berseloroh.

Harga RM16, kuantiti nasi lagi banyak

Menurutnya, harga bagi sepinggan nasi goreng di sana adalah RM16 berbanding RM18 di Pavilion dengan kuantiti nasi yang lebih banyak.

“Kuantiti nasi kami juga lebih banyak sebab orang Malaysia suka makan nasi,” katanya lagi.

Pun begitu, tidak pasti sama ada harga RM16 bagi sepinggan nasi goreng itu kekal atau hanya bagi awal pembukaan cawangan baharu itu sahaja.

@bestfoodmy

Price reduced at MyTown branch and bigger rice portion 😮 @FUIYOH! It’s Uncle Roger 📍FUIYOH! It’s Uncle Roger, MyTown Shopping Centre, L1-043 [Pork Free] ⏰10am-10pm 🎥 @wthbydavid #bestfoodmalaysia #klfoodie #malaysiafood #MakanLokal #foodhuntingkl

♬ original sound – Best Food Malaysia – Best Food Malaysia
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.