“Aneh-aneh Je” – Tular Super Ring Milkshake Raih Perhatian Ramai [Video]
Dalam video tersebut, milkshake terbabit dituang ke dalam cawan dan ditaburkan lebihan keropok Super Ring di atasnya sebagai ‘topping’ sebelum dijual pada harga RM5.50.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada zaman ini, pelbagai makanan ‘viral’ yang menjadi kegilaan ramai orang seperti kunafa, cromboloni, nachos loaded dan banyak lagi.
Susulan itu, pasti ada peniaga yang mengambil peluang untuk menjana pendapatan dengan menjual makanan-makanan viral terbabit.
Namun, rakyat di Malaysia ada yang terlebih kreatif dalam mengolah sesuatu makanan viral agar ia kelihatan lain daripada lain seperti nasi lemak nachos dan char kuetiau nachos.
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Benda Ni?” – Menu Campuran Nasi Lemak & Char Kuetiau Nachos Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Tular Super Ring Milkshake
Terbaharu, tular pula di media sosial sebuah restoran yang mengolah makanan ringan, keropok Super Ring menjadi milkshake.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @sahabatbistro, Super Ring Milkshake terbabit dibuat selepas diminta oleh seorang lelaki.
“Saya tak nak nachos loaded abang, saya nak Super Ring Milkshake,” kata lelaki itu.
Super Ring campur susu pekat, susu full cream dan ais batu?
Susulan itu, pekerja terbabit mengambil keropok super ring berkenaan dan memasukannya ke dalam mesin kisar (blender) sebelum dicampurkan pula dengan sedikit susu ‘full cream’.
Cara membuat air tersebut sememangnya sama seperti milkshake biasa apabila pekerja itu menambahkan pula dengan susu pekat dan ais sebelum mengisarnya menjadi milkshake.
Setelah itu, milkshake terbabit dituang ke dalam cawan dan ditaburkan lebihan keropok Super Ring di atasnya sebagai ‘topping’ sebelum dijual pada harga RM5.50.
Tidak pasti sama ada menu Super Ring Milkshake terbabit memang wujud di restoran berkenaan atau sekadar konten semata-mata.
Netizen tertanya-tanya rasa Super Ring Milkshake
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.
Kebanyakan orang mempersoal mengenai rasa Super Ring Milkshake itu memandangkan hasil akhir minuman itu kelihatan agak menyedapkan dan tidak terlalu aneh.
Malah, ada yang berseloroh meminta agar lebih banyakan makanan dan minuman pelik-pelik dibuat selepas ini.